Mudah Auto Masih Pasaran Kereta No. 1 di Malaysia
Mudah Auto, sebagai sebahagian daripada Mudah.my, pasaran terbesar di Malaysia, mengekalkan kedudukan teratasnya sebagai laman web automotif yang paling kerap dilawati di Malaysia, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh comScore, rakan kongsi yang dipercayai untuk merancang, mengurus dan menilai media merentasi platform. Di dalam kategori Automotif comScore, Mudah Auto secara konsisten memegang tempat nombor satu dari segi pelawat unik dan lawatan laman web keseluruhan sepanjang lapan bulan pertama tahun 2018.
Di komputer meja, Mudah Auto menduduki tempat teratas dalam senarai dengan purata 676,000 Pengunjung Unik setiap bulan di antara bulan Januari hingga Ogos 2018 – menjangkau kira-kira 40% daripada keseluruhan audien Internet automotif Malaysia dan tiga kali lebih banyak pelawat berbanding pesaing terdekatnya. Berbanding dengan platform automotif lain di Malaysia, Mudah Auto juga menduduki tempat pertama untuk Purata Minit Diluangkan oleh setiap pelawat di telefon bimbit – iaitu sebanyak enam kali lebih masa yang diluangkan berbanding pesaing terdekatnya.
Sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyampaikan pengalaman penjual-pembeli yang lebih selamat dan meningkatkan kepercayaan, Mudah.my juga mengumumkan pengenalan dua penambahbaikan produk baru. Produk pertama, Pengesahan Auto Mudah, adalah proses baru yang membolehkan penjual kereta mengesahkan penyenaraian iklan mereka secara dalam talian dengan menghantar Kad Pendaftaran Kereta kepada Mudah Auto. Penjual yang berjaya mengemukakan dokumentasi yang berkaitan diberi ganjaran dengan ikon ‘tanda biru’ yang disahkan, menunjukkan bukti ketepatan produk dan kenderaan pada tahun pembuatan.
Produk kedua, PRO Niaga Cars, adalah peningkatan model sebelumnya. Produk yang berkembang itu bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan untuk peniaga kereta secara khusus. Dengan wawasan yang diperolehi daripada tinjauan pelanggan, Mudah.my melaksanakan peningkatan ciri melalui pengenalan tiga jenis kedai baru, yang akan membantu peniaga kereta menyelaraskan dan menguruskan inventori mereka dengan lebih baik.
Parameter Laporan:
- Sumber Data: Desktop dan Telefon Bimbit
- Geografi: Malaysia
- Alam: Kediaman and Tempat Kerja
- Tempoh: Januari 2018 – Ogos 2018
- Sasaran: Jumlah Pengguna
- Media: Automotif [Undup.]
No Comment