Nissan Almera Masih Kuat, Masih Kukuh, Masih Ada
KINI DENGAN NISSAN ALMERA – SIRI HITAM BAHARU – DALAM 5 WARNA!
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan Almera – Siri Hitam baharu, model Nissan kedua yang diperkenalkan dengan edisi Siri Hitam.
Nissan Almera – Siri Hitam baharu ini dilengkapi dengan Gril Depan Hitam, Penutup Cermin Tepi Hitam, Spoiler Trunk Lid Hitam dan Rim Aloi Hitam berjejari-Y bersaiz 15 inci, bersama dengan Aerokit serba baharu Titanum Gelap yang direka khas oleh TOMEIPowered Inc. Co., Ltd, satu jenama Jepun yang memang terkenal dengan teknologi dan prestasinya dalam sukan permotoran.
Ruang dalaman dipertingkatkan lagi menerusi Tempat Duduk Kulit dengan kemasan Titanum Gelap rekaan terbaru, serta Paparan Skrin Audio Clarion 6.75 inci dengan kamera pandangan belakang, sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™, memastikan sentiasa terhubung sepanjang jalan. Nissan Almera – Siri Hitam juga dilengkapi dengan filem penghalangan haba Solar Gard dan Perakam Video Pemanduan (DVR) dengan sudut luas 150 darjah yang memberi ketenangan minda dan rasa selamat.
Nissan Almera – Siri Hitam baharu mengekalkan enjin 1.5 liter empat silinder HR15DE dengan Sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang menawarkan pecutan serta penjimatan bahan api yang mengagumkan sebanyak 14.9km/L. Almera juga dilengkapi dengan ciri Kekunci Pintar (i-Key) dengan Sistem Kemasukan Tanpa Kunci*, Butang Penghidup Enjin* dan Kawalan Suhu Automatik*. Sementara ruang kaki seluas 25 inci dan kargo seluas 490 liter menawarkan pemanduan yang selesa tanpa berkompromi dari segi ruang. (*Untuk varian VL)
Selain itu, Nissan Almera – Siri Hitam hadir dalam lima warna iaitu hitam (Diamond Black), putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), emas (Bronze Gold) dan hijau (Titanium Olive) baru, yang eksklusif hanya untuk Almera – Siri Hitam.
Nissan Almera – Siri Hitam baharu dipasang di kilang serta boleh didapati dalam varian E dan VL. Kereta ini hadir dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Sementara jaminan aksesori pula adalah selama 3 tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
NISSAN ALMERA – Siri Hitam* | ||
1.5L E Auto (RM)
(termasuk 10% Cukai Jualan tanpa Insurans) |
1.5L VL Auto (RM)
(termasuk 10% Cukai Jualan tanpa Insurans) |
|
Peninsular Malaysia | RM 69,800.00 | RM 79,800.00 |
Sabah | RM 72,300.00 | RM 82,300.00 |
Sarawak | RM 72,300.00 | RM 82,300.00 |
* Harga termasuk pakej Siri Hitam bernilai RM8,500: Aerokit TOMEI serba baharu (Spoiler Bampar Hadapan, Skirting Sisi dan Spoiler Bampar Belakang), Gril Depan Hitam, Penutup Cermin Tepi hitam, Spoiler Trunk Lid Hitam, Rim Aloi hitam berjejari-Y bersaiz 15 inci, Paparan Skrin Audio Clarion 6.75 inci dengan kamera pandangan belakang, sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™, Tempat Duduk Kulit rekaan terbaru, Perakam Video Pemanduan (DVR), filem penghalangan haba Solar Gard.
TAWARAN AKHIR TAHUN | ||
1.5L E Auto | 1.5L VL Auto | |
Rebat Tambahan | RM 4,000 | RM 7,000 |
Penjimatan dengan tukar beli 2 tahun waranti | RM 1,000 |
Pemilik Nissan Almera sedia ada yang berminat boleh menaik taraf kereta mereka dengan Aerokit TOMEI serba baharu. Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau hantar emel ke tomei@tanchonggroup.com.
Nissan Almera – Siri Hitam baharu akan membuat penampilan dalam acara Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara di bilik-bilik pameran terpilih pada dua hujung minggu iaitu 9 hingga 11 November dan 17 hingga 18 November 2018, bermula jam 10am hingga 8pm. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival ini dan menjadi yang terawal menguji Nissan Almera – Black Series baharu.
Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara:
Tarikh | Wilayah | Lokasi |
9 – 10 November | Utara | ETCM Alor Setar |
Pantai Timur | ETCM Kuala Terengganu | |
10 – 11 November | Tengah | ETCM Petaling Jaya |
Tengah | ETCM Jalan Raja Laut* | |
Utara | ETCM Butterworth | |
Utara | ETCM Ipoh | |
Selatan | ETCM Taman Tun Aminah | |
Selatan | ETCM Seremban* | |
Sabah | ETCM Sandakan | |
Sarawak | ETCM Miri | |
17 – 18 November | Tengah | ETCM Glenmarie |
Tengah | ETCM Cheras | |
Utara | ETCM Penang | |
Utara | ETCM Sitiawan | |
Pantai Timur | ETCM Kuantan | |
Selatan | ETCM Johor Jaya | |
Selatan | ETCM Semabok | |
Sabah | ETCM Kota Kinabalu | |
Sarawak | ETCM Kuching |
* Eksklusif dengan aktiviti Nissan Nurtures Nature.
Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan:
Date | Venue |
6 – 11 November | AEON Tebrau City, Johor |
6 – 11 November | Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur |
8 – 11 November | East Coast Mall, Kuantan |
9 – 11 November | Plaza Merdeka, Kuching |
13 – 18 November | AEON Taiping, Perak |
16 – 18 November | Kluang Mall, Johor |
16 – 18 November | Centre Point, Kota Kinabalu |
22 – 25 November | Melawati Mall, Selangor |
23 November –
2 December |
Nissan @ KL International Motorshow 2018,
MITEC Kuala Lumpur |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.
No Comment