Sukan

Pasukan R3 Juara Keseluruhan Perlumbaan Sepang 1000KM 2018

Pasukan Proton R3 terus mempertahankan gelaran juara apabila setelah berjaya memenangi perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) pada hujung minggu lalu. Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali memacu jentera Iriz ke puncak podium setelah menamatkan saingan 181 pusingan itu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Dengan kemenangan ini, R3 merangkul kemenangan keseluruhan yang keempat dalam S1K, menjadikannya pasukan paling berjaya dalam sejarah acara itu. Ia juga kali kelima kereta Proton melepasi garisan penamat di tempat pertama manakala Iriz adalah model Proton keempat yang memenangi perlumbaan tersebut berikutan kejayaan Satria Neo pada 2012, Preve pada 2014 dan Suprima S pada 2016 dan 2017. Ini juga merupakan kali ketiga Syafiq Ali memenangi perlumbaan S1K, menjadikannya pelumba paling berjaya dalam kejohanan tersebut.

PROTON WINS S1K_PROTON IRIZ AND SAGA IN THE S1K RACE

Selain dari S1K, Proton juga pernah menempa kejayaan dalam beberapa perlumbaan endurance yang lain. R3 memenangi perlumbaan Merdeka Millenium Endurance (MME) pada tahun 2005 dan 2006 manakala Proton Eon Racing Team (PERT) pernah dinobat juara MME pada tahun 2000.

PROTON WINS S1K_TEAM WORKING TOGETHER IN WINNING THE RACE

Perlumbaan adalah sukan berpasukan dan kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan pasukan dan rakan teknikal. Sebagai contoh, jurutera dan ahli pasukan R3 bertungkus-lumus menyiapkan jentera terbaik untuk perlumbaan tersebut dan kemenangan terbaru ini mencerminkan keupayaan dan profesionalisme semua pihak yang terlibat.

PROTON WINS S1K_PROTON IRIZ AT THE FINISHING LINE

Salah satu rakan kongsi utama dan penaja R3 adalah Petronas, yang membekalkan pelincir kepada pasukan itu. Kerjasama antara syarikat minyak kebangsaan dan pengeluar kenderaan nasional itu telah terjalin berdekad lamanya.

PROTON WINS S1K_2000 SUPPORTERS HELPED PUSH TEAM TO SUCCESS

Satu lagi ramuan penting untuk kejayaan dalam sukan permotoran adalah sokongan peminat dan pihak lain. R3 dilihat sebagai pasukan yang paling popular pada perlumbaan S1K baru-baru ini dengan lautan peminat yang memakai T-shirt berwarna kuning. Kira-kira 2,000 peminat R3 yang terdiri daripada ahli kelab Proton, vendor, pengedar dan juga pihak bank turun untuk menyokong pasukan kesayangan mereka hujung minggu lalu.

 

 

Previous post

Lexus Malaysia Pamer Dua Model Baharu di KLIMS 2018

Next post

International Automodified Akan Diadakan di Kuala Lumpur 6-9 Disember Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *