Berita Auto

Pengeluaran BMW 8 Series Convertible Bermula

Empat bulan selepas pengeluaran BMW 8 Series Coupe bermula di kilang Dingolfing, model dua pintu itu kini disertai pula oleh versi Convertible yang diperkenalkan baru-baru ini. Ia dipasang dalam barisan pengeluaran yang sama dengan model 5 Series dan 7 Series, yang dibangunkan dengan pelaburan yang mencecah berjuta-juta euro.

Tidak seperti model Coupe, 8 Series Convertible menampilkan dengan bumbung jenis ‘soft top’ yang mempunyai beberapa lapisan yang bertindak sebagai penebat akustik.

bmw-8-series-convertible-production-start

Ia didatangkan dengan bumbung berwarna hitam sebagai standard tetapi kemasan Anthracite Silver turut ditawarkan sebagai pilihan. Bumbung ini boleh dibuka dan ditutup secara automatik dalam masa 15 saat.

bmw-8-series-convertible-production-start-2

Sama seperti Coupe, model ini boleh didapati dalam dua varian iaitu M850i dengan enjin 4.4-liter V8 dengan 530 hp dan 750 Nm, atau 840d xDrive dengan enjin diesel 3.0-liter enam silinder sebaris yang menghasilkan 320 hp dan 680 Nm. Kedua-duanya didatangkan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda xDrive.

 

 

Previous post

KTM 790 Adventure dan 790 Adventure R Dilancarkan di EICMA

Next post

Aston Martin DBS 59 Rai Kejayaan Le Mans 60 Tahun Lalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *