Pertandingan ‘Castrol Bikes Super Mechanic’
Berikutan kejayaan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic Contest 2018, Castrol meneruskan pencarian mekanik terbaik, kali ini untuk edisi dua-roda, melalui Castrol Bikes Super Mechanic Contest 2018.
Selepas berhempas-pulas selama empat bulan dalam pertandingan, pasukan Selatan telah dinobatkan sebagai juara. Pasukan ini berjaya mengetepikan hampir 2,000 mekanik lain dari serata Malaysia.
Pasukan teratas yang dianggotai oleh Saravanan A/L Sivarau, Tee Kok Jing dan Sivananthan A/L Lechumanan, membawa pulang hadiah utama bernilai RM12,800 setiap seorang setelah menewaskan lima pasukan lain di kemuncak Peringkat Akhir pertandingan. Saravanan dan Sivananthan merupakan wakil Soon Tat Motor Enterprise manakala Tee Kok Jing mewakili Sin Yung Hin Motors.
Pasukan juara akan mewakili Malaysia di pertandingan Castrol Asia Pacific Bikes Super Mechanic Contest 2018 di Bangkok, Thailand, November ini, di mana mereka akan berentap dengan mekanik-mekanik terbaik dari Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina dan India.
Untuk maklumat lanjut layari www.castrol.com/my.
No Comment