Berita Auto

Porsche Catat Rekod Baru di Nurburgring

Pertarungan antara Porsche dan Lamborghini bagi merebut gelaran jentera produksi terpantas di Nurburgring kini menjadi semakin hangat. Pada September tahun lalu, Porsche mencatat 6 minit 47.3 saat menerusi 911 GT2 RS namun rekod tersebut dipecahkan pada Julai tahun ini oleh Aventador SVJ dengan masa 6 minit 44.97 saat.

BHP

Kini, dengan bantuan Manthey-Racing, pengeluar kereta sport dari Jerman itu berjaya merampas kembali takhta tersebut menerusi jentera 911 GT2 RS MR dengan catatan masa 6 minit 40.3 saat, hampir tujuh saat lebih pantas berbanding versi standard. Ia dipandu oleh individu sama yang membuat percubaan rekod dengan 911 GT2 RS iaitu Lars Kern.

Foto: Gruppe C Photography

Perincian modifikasi pada jentera tersebut tidak didedahkan, namun menurut Porsche ia menampilkan setup yang dikhaskan untuk pemanduan di litar yang dikenali sebagai ‘Neraka Hijau’ itu. Ia juga menggunakan kerusi bucket untuk tujuan keselamatan – satu-satunya modifikasi yang membuatkan ia berbeza dengan 911 GT2 RS MR yang ditawarkan oleh Manthey-Racing.

P18_0738

Catatan masa terbaru ini meletakkan 911 GT2 RS MR di hadapan jentera eksotik McLaren P1 LM yang mencatat 6 minit 43.2 saat dan kereta elektrik Nio EP9 yang mencatat 6 minit 45.9 saat.

Foto: Gruppe C Photography

Bagaimanapun, rekod ini mungkin tidak bertahan lama kerana ia pasti akan dicabar oleh dua model produksi berprestasi tinggi yang bakal menjengah pasaran iaitu Mercedes-AMG One dan Aston Martin Valkyrie.

 

Previous post

Rakan Niaga Asing UMW Toyota Motor Ambil Alih Operasi Cawangan di Pulau Pinang dan Prai

Next post

Mercedes-Benz C-Class Coupe Facelift Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *