Berita Auto

Rivian R1T Boleh Dipandu Sejauh 644 KM Dengan Kuasa Elektrik

Pengeluar kenderaan elektrik baharu iaitu Rivian telah memperkenalkan produk pertama mereka yang dikenali sebagai R1T. Secara ringkasnya, ia merupakan trak pikap futuristik yang menampilkan pacuan kuasa elektrik.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

R1T dibina di atas platform ‘skateboard’ yang membolehkan bateri, unit pemacu, suspensi, brek dan sistem thermal dipakejkan di bawah paras roda, sekaligus menghasilkan titik graviti yang rendah.

B.-Rivian_R1T_Side_View-e1543093413947

Kuasa dibekalkan oleh empat buah motor elektrik yang diletakkan pada setiap roda, secara tidak langsung memberikan model ini ciri Active Torque Vectoring. Dengan kuasa sebanyak 147kW dan 3,500 Nm pada setiap roda, trak ini mampu memecut dari 0-97 km/j dalam tiga saat dan dari 0-161km/j dalam kurang tujuh saat, dengan kelajuan maksimum 201 km/j.

A.-Rivian_R1T_Interior_Front-e1543094108802

Gabungan casis yang kuat dan pacuan elektrik yang bertenaga ini juga boleh memberikan R1T kapasiti tunda sehingga hampir 5 tan.

K.-Rivian_R1T_Fun_In_Dirt_2-e1543093612302

Menurut Rivian, R1T akan ditawarkan dengan tiga pek bateri berlainan kapasiti iaitu 180 kWh dengan jarak pemanduan 644 km, 135 kWh dengan jarak pemanduan 483 km dan 105 kWh dengan jarak pemanduan 370 km.

K.-Rivian-R1T_Tailgate_180_Open_Steps_Out-e1543096753108

Dari segi kemudahan, terdapat tiga ruang storan utama iaitu bonet hadapan berkapasiti 330 liter dengan hud yang boleh dioperasikan secara elektrik, ‘gear tunnel’ 350 liter di dalam kabin dan ruang storan belakang bersaiz 200 liter yang boleh digunakan untuk menyimpan tayar ganti bersaiz penuh.

B.-Rivian_R1T_Interior_Rear-e1543094095930

Selain itu, R1T turut didatangkan dengan sistem pemanduan autonomi Tahap 3 yang merangkumi kamera, radar, lidar, ultrasonik dan GPS. Dengan sistem ini, pemandu tidak perlu lagi memegang stereng atau melihat jalan raya di hadapan.

E.-Rivian_R1T_Front_Charge_Indicator-e1543093573538

Harga bagi R1T tidak murah iaitu bermula dari $61,500 (RM257,992) bagi varian asas. Tempahan telah dibuka dengan bayaran deposit $1,000 (RM4,195) manakala penghantaran dijangka bermula menjelang akhir 2020.

Previous post

Go Auto Lancar Van Komersial Higer Ace

Next post

Hyundai i30 N Buat Kemunculan Pertama di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *