Shell Malaysia Rai Pelanggan Utama dan Pemenang Shell Rimula Ultimate Stopover
Shell Malaysia meraikan hampir 300 pelanggan utama Shell Rimula dari seluruh Malaysia baru-baru ini di Kota Kinabalu dalam seminar teknologi dan majlis makan malam tahunan syarikat itu.
Antara yang diraikan pada majlis tersebut adalah 11 orang pemenang bertuah bagi promosi Shell Rimula Ultimate Stopover yang bakal menikmati percutian selama 5 hari 4 malam di kota Dubai yang penuh dengan kemewahan pada November ini.
Pemenang bertuah tersebut ialah Bong Chai Hoon, Bong Poh Lung, Teh Chee Keong dan Teh Leng Onn, semuanya dari Kuala Lumpur; Lee Chi Kun dari Bukit Mertajam, Raiming bin Sait dari Tawau, Tang Hua Ping dan Teo Eng Lian dari Sibu, Victor bin Jubli@Julian dari Labuan, Wong Gwo Chyuan dari Johor dan Wong Hiong Kong dari Miri.
Program khas yang akan berlangsung di Dubai turut merangkumi pandangan pakar mengenai inovasi terkini enjin trak dan teknologi pelincir, demonstrasi teknikal secara amali serta ujian prestasi minyak enjin Shell Rimula menerusi pengalaman pemanduan off-road di bukit-bukit pasir di Dubai.
Tetamu lain yang turut diraikan pada majlis makan malam tersebut adalah mereka yang telah memainkan peranan penting untuk meletakkan Shell Rimula sebagai jenama minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) pilihan di Malaysia. Para tetamu disajikan dengan hidangan makan malam bertemakan Timur Tengah untuk memberikan gambaran sepintas lalu tentang ganjaran yang menanti pemenang Rimula Ultimate Stopover 2018.
Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Baljit Singh, Shell Rimula Ultimate Stopover meraikan komitmen terhadap kegigihan dan menawarkan percutian sekali seumur hidup ke destinasi eksotik kepada pelanggan setia Shell Rimula.
“Shell Rimula merupakan satu-satunya jenama HDDEO yang memberikan ganjaran yang unik kepada pelanggan kerana membuat keputusan yang tepat bagi perniagaan mereka,” katanya.
Dalam sesi seminar teknologi, Shell Malaysia mengambil peluang untuk menyampaikan kepada para peserta tentang faedah yang dapat dinikmati sekiranya mereka bertukar kepada minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula separa sintetik dan sintetik sepenuhnya yang mematuhi API CK-4, terutamanya bila disertakan dengan penggunaan Shell FuelSave dan Diesel Euro 5, bagi trak generasi baru dan kelengkapan berat.
No Comment