Berita Auto

Subaru Umum Dua Panggilan Semula, Pelanggan Malaysia Terlibat

Subaru Corporation telah mengumumkan dua panggilan semula peringkat antarabangsa bagi model-model yang terjejas akibat kerosakan spring injap dan paparan multi-info.

BHP

Isu kerosakan spring injap melibatkan kenderaan yang dipasang dari 16 Januari 2012 hingga 14 Mei 2013. Model-model yang terlibat adalah BRZ 2013MY, Legacy/Outback 2013-2014MY, Forester 2012-2014MY dan Impreza/XV 2012-2014MY yang dilengkapi dengan enjin FA20 atau FB20.

Panggilan semula ini dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan bahawa spring yang terjejas boleh menyebabkan enjin retak. Ini boleh mengakibatkan bunyi bising dari enjin, enjin mati dan tidak boleh dihidupkan semula.

Subaru Outback 01

Sementara itu, isu paparan multi-info pula melibatkan model Legacy/Outback 2018MY yang dipasang sebelum 1 Ogos 2018. Menurut Subaru, isu pengaturcaraan menyebabkan bacaan tangki bahan api dan jarak pemanduan yang tidak tepat.

Pelanggan Motor Image di rantau Asia, termasuk Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam akan dimaklumkan tentang panggilan semula ini. Komponen yang terjejas akan digantikan secara percuma.

 

Previous post

Toyota Camry Serba Baru Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Hyundai-Sime Darby Motors Lantik Pengarah Urusan Baru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *