Berita Auto

Toyota Camry Serba Baru Dibuka Untuk Tempahan

UMW Toyota Motor telah mula membuka tempahan untuk Toyota Camry serba baru yang akan membuat kemunculan rasmi di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018 dari 23 November hingga 2 Disember ini.

BHP

Dibangunkan dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), Camry kini didatangkan dengan sistem keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri-ciri Pre-collision System, Lane Departure Alert (LDA), Steering Assist, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) serta Automatic High Beam (AHB).

Selain itu, ia juga menampilkan lampu LED penuh, rim 18 inci, paparan instrumen warna bersaiz 7 inci, paparan ‘head up’ 10 inci, skrin sentuh multimedia 8 inci dengan sistem audio JBL, stereng boleh laras kuasa dengan fungsi memori serta upholsteri kulit dengan fungsi memori bagi tempat duduk pemandu.

Seperti model Toyota yang lain, Camry didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Hanya satu varian akan ditawarkan dengan anggaran harga RM189,900.

Leaflet_Back-FA-1

Klik untuk besarkan

 

Previous post

Mercedes-Benz C-Class Facelift Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Next post

Subaru Umum Dua Panggilan Semula, Pelanggan Malaysia Terlibat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *