Berita Auto

Toyota Vios Baharu Curi Tumpuan di KLIMS 2018

Selain daripada Camry generasi kelapan, booth Toyota di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) turut menyaksikan kehadiran Vios serba baharu. Ia akan dilancarkan pada tahun hadapan namun tempahan sudah mula dibuka.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Tiga varian akan ditawarkan iaitu 1.5J (RM77,200), 1.5E (RM81,200) dan varian tertinggi 1.5G (RM88,200). Ketiga-tiga varian didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Terdapat lima warna untuk dipilih iaitu Super White II, Attitude Black, Silver Metallic termasuk dua warna baharu; Dark Blue Mica Metallic dan Red Mica Metallic.

IMG_2661

Jika diperhatikan, reka bentuk model ini tidak jauh berbeza dengan Yaris. Ia mempunyai bahagian hadapan yang agresif dengan gabungan lampu utama dan gril yang tajam serta bahagian bawah bampar hadapan yang lebar. Di belakang, rekaan lampunya membuatkan Vios tampil lebih lebar.

IMG_2658

Lampu utama Vios (projektor halogen bagi varian G) kini ditemani lampu nyalaan siang LED, manakala lampu belakang adalah jenis LED bagi varian G dan E. Selain itu, kedua-dua varian tersebut juga dilengkapi dengan lampu kabus sementara ciri Follow-Me-Home kini didatangkan standard bagi semua varian Vios.

IMG_2596

Bahagian dalaman model ini tampil lebih segar dengan kemasan krom pada papan pemuka dan stereng pelbagai fungsi. Varian G dilengkapi dengan meter Optitron yang didatangkan dengan Multi Information Display (MID) berukuran 4.2 inci. Pemandu akan disambut dengan animasi 3D pada paparan tersebut.

[VIOS BMC] Thumbnail - MID-2

Sistem infotainmen DVD-AVX dengan paparan 6.8 inci adalah standard bagi varian G dan E. Ia boleh disambungkan dengan telefon pintar, membolehkan pengguna menggunakan aplikasi seperti Spotify atau Waze menerusi paparan tersebut.

[VIOS BMC] Thumbnail - Blind Spot Monitor

Vios dikuasakan oleh enjin 2NR-FE 1.5-liter empat silinder dengan Dual VVT-i yang menjana 107 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm pada 4,200 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi CVT yang mempunyai dengan Sport Sequential Shiftmatic tujuh kelajuan. Menerusi suis Drive Mode (standard pada semua varian), pemandu boleh memilih mod Normal, Eco atau Power.

IMG_2657

Menurut Toyota, karakteristik suspensi serta stereng telah ditala semula untuk menghasilkan pemanduan yang lebih mengujakan. Bukan itu sahaja, penggunaan cakera brek lebih besar pada bahagian hadapan dan belakang (varian G sahaja) turut memberikan kuasa membrek yang lebih tinggi.

[VIOS BMC] Thumbnail - 7 SRS Airbags

Ciri keselamatan adalah sama bagi ketiga-tiga varian iaitu tujuh beg udara, ISOFIX, sistem Auto Door Lock, Vehicle Stability Control dengan Traction Control. Varian E dan G mendapat ciri tambahan iaitu Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross-Traffic Alert (RCTA).

 

Previous post

Helmi Hampiri Gelaran Underbone 150cc

Next post

General Motors Tutup 5 Kilang Amerika Syarikat & 2 Kilang Global

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *