Volkswagen Lancar Polo Edisi Khas Sempena Karnival Membeli-belah Lazada 11.11
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Volkswagen Polo Black & White edisi khas sempena sambutan Festival Membeli-belah tahunan 11.11 Lazada.
Volkswagen Polo Black & White edisi khas itu terhad kepada 11 unit sahaja dan akan dijual secara eksklusif di platform dalam talian Lazada pada 11 November 2018. Pelanggan hanya perlu membayar harga runcit iaitu RM68,488* untuk menerima aksesori tambahan bernilai RM7,500. Sebagai sebahagian daripada tawaran, panel bank rasmi Hong Leong Bank juga akan menawarkan kadar faedah rendah istimewa 1.11% setahun bagi pinjaman selama lima tahun.
Polo Black & White hanya didatangkan dalam warna putih (Candy White) dan dilengkapi dengan spoiler belakang, kemasan sisi berwarna hitam, tempat duduk dibalut kulit, rim aloi bersaiz 15 inci, perumah cermin sisi berwarna hitam dan filem VW Tint.
Dikuasakan oleh enjin petrol 16 injap Multi Point Injection (MPI) 1.6l berkuasa 105PS yang dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan bersama Tiptronic dan mode sport, Polo 1.6lmenawarkan tork maksimum 153Nm yang boleh dicapai pada 3,800rpm.
Polo 1.6l juga dipasang dengan unit utama RCD 340G baharu yang menawarkan pilihan ketersambungan luas seperti USB dan antara muka iPod, sokongan AUX-IN, slot kad SD, Bluetooth serta App-Connect (CarPlay, Android Auto dan Mirrorlink).
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Cara pembelian pelanggan kini sudah banyak berubah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Kami berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam mengubah persepsi di mana pembelian kereta secara dalam talian adalah satu perkara biasa.
“Ini terbukti dengan kejayaan kolaborasi kami dengan Lazada untuk model 12.12. Beetle dan rangkaian JOIN baru-baru ini. Selain daripada mudah, perkembangan ini juga memberitahu kami bahawa pelanggan melayari internet untuk membaca, membuat kajian dan mendapatkan tawaran-tawaran terbaik. Inilah hala tuju Volkswagen.”
Untuk membuat tempahan, anda perlu membayar yuran sebanyak RM799 yang boleh dibuat menerusi Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan dalam talian. Pelanggan kemudian akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk mengatur pengedar yang mereka inginkan, melengkapkan pendaftaran dan penyerahkan kereta.
“Sebagai peneraju platform eDagang di Malaysia, Lazada telah mengalami evolusi dan bukan sekadar menjadi platform membeli-belah dalam talian, malah satu bentuk destinasi gaya hidup. Kerjasama berterusan dengan Volkswagen menjadi bukti perubahan tingkah laku pengguna. Kami tidak sabar untuk menawarkan pengalaman terbaik membeli-belah di Lazada kepada para pelanggan menerusi kolaborasi ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune.
Mereka yang berminat membeli Polo Black & Whiteedisi khas boleh melayariVolkswagen store di Lazada untuk maklumat lanjut.
Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan untuk lima tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my
No Comment