10 Enjin Terbaik 2019 Menurut WardsAuto
WardsAuto, syarikat penerbitan automotif yang terkenal di Amerika Syarikat telah mengumumkan 10 enjin terbaik bagi tahun ini.
Bagi anugerah edisi ke-25 ini, sebanyak 34 ‘calon’ telah diuji oleh para editor di sekitar bandar Detroit sepanjang bulan Oktober dan November.
Berikut adalah senarai pemenang mengikut susunan abjad pengeluar:
1. BMW X5: 3.0L Turbo 6 Silinder Selari
Menghasilkan 340 hp, enjin B58 ini kini mempunyai sistem penyejukan baharu, rantai pemasaan, pam minyak dan crankshaft tempaan. Tahap penggunaan bahan api adalah sekitar 11.7 l/100 km walaupun diuji secara agresif.
2. Chevrolet Silverado: 6.2L V8
Enjin ‘small block’ buatan GM ini dilengkapi dengan teknologi nyah-aktif silinder yang dikenali sebagai Dynamic Fuel Management.
3. Ford Mustang GT/Bullitt: 5.0L V8
Dengan 460 hp, ‘throttle body’ lebih besar dan sistem ekzos aktif, enjin ini membuatkan penguji-penguji di WardsAuto tersenyum sampai ke telinga setiap kali pendikit di tekan.
4. Ford F-150: 3.0L TurboDiesel V6
Dikenali sebagai ‘Lion’, enjin ini membolehkan F-150 menunda beban sehingga 5,171 kg, namun pada yang masa mencatat penggunaan bahan api 9.0 l/100 km.
5. Honda Accord Hybrid: 2.0L i-VTEC 4 Silinder
Enjin ini dibantu oleh dua buah motor elektrik bagi menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 212 hp. Kebanyakan hakim di WardsAuto mencatat kadar penggunaan bahan api sekitar 5.8 l/100 km.
6. Hyundai Nexo: Hydrogen Fuel Cell
Kereta elektrik janaan hidrogen ini bukan sahaja canggih dan tidak menjejaskan ruang kabin belakang dan kargo, ia juga mampu menghasilkan jarak pemanduan sehingga 612 km.
7. Hyundai Kona EV: Permanent Magnet Synchronous Motor
Gabungan motor elektrik dan pek bateri 64 kWj menghasilkan jarak pemanduan sejauh 415 km. Tork sebanyak 395 Nm terhasil sebaik sahaja pendikit ditekan, sekaligus memberikan Kona EV pecutan segera.
8. Infiniti QX50: 2.0L VC-Turbo 4 Silinder
Enjin ini didatangkan dengan teknologi Variable Compression (mampatan berubah-ubah) yang boleh mengubah nisbah mampatan dari 14.0:1 kepada 8.0:1 semasa ia beroperasi.
9. Lexus UX 250h: 2.0L 4 Silinder
Boleh dikatakan sebagai ‘adik’ kepada enjin 2.5L yang digunakan pada salah satu pemenang tahun lalu iaitu Camry Hybrid, enjin ini mempunyai kecekapan thermal 40%. Ia dibantu oleh tiga buah motor elektrik (dua di dalam transmisi, satu pada gandar belakang).
10. Ram 1500: 3.6L Pentastar eTorque V6
Walaupun enjin Pentastar telah wujuh sejak sedekad lalu, versi terbaru ini dilengkapi dengan teknologi mild-hybrid eTorque yang mampu memberikan boost tambahan dan memperbaiki kadar penggunaan bahan api. Para hakim berjaya mencatat 10.6 l/100 km dalam ujian sejauh lebih 800 km.
No Comment