Sukan

Azlan Gagal Pertahan Gelaran SuperSports 600cc

Azlan Shah Kamaruzaman gagal mempertahankan gelaran keseluruhan keseluruhan SuperSports 600cc yang dimenangi pada musim lepas sambil menyaksikan gelaran menjadi milik pelumba Thailand, Ratthapong Wilairot pada pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu perlu memenangi Perlumbaan 2 untuk muncul juara keseluruhan bagaimanapun kecewa apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan masa keseluruhan 30’06.927s di belakang Ratthapong yang memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 30’00.360s.

Rakan sepasukannya Decha Kraisart turut menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 30’00.701s diikuti rakan sepasukan Azlan, Ahmad Yudhistira ketiga dengan masa 30’03.412s.

SH5_3682

Kedudukan di tempat kelima menyaksikan Azlan menamatkan musim 2018 di kedudukan keempat keseluruhan dengan mengumpul 123 mata. Ratthapong di kedudukan teratas dengan 141 mata diikuti Anthony West kedua, 136 mata manakala Yudhistira di kedudukan ketiga dengan 131 mata.

“Minggu ini begitu mengecewakan saya. Saya mahu menamatkan musim terakhir dalam kategori ini di kedudukan teratas namun gagal,” jelas Azlan yang akan beralih ke kategori ASB1000cc pada musim 2019.

Tambah Azlan, “Saya sudah mencuba yang terbaik namun keupayaan jentera yang tidak berada pada tahap maksimum menyaksikan saya gagal untuk mengejar pelumba di hadapan. Walaubagaimanapun, musim ini sudah tamat dan saya perlu bersedia untuk musim 2019

Previous post

Mercedes-Benz B-Class, A-Class Yang Dewasa

Next post

Nissan Leaf Nismo RC Kini Dengan Dua Kali Lebih Kuasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *