Sukan

Chevrolet Sonic Bernadikan V8 Sedia Gegar Rali

Salah satu tarikan sukan rali adalah penyertaan pelbagai jentera unik yang asalnya merupakan kereta biasa yang boleh didapati di jalan raya. Contohnya, jentera rali yang anda lihat ini dibina berasaskan Chevrolet Sonic oleh pemandu terkenal Pat Moro dan pasukan PMR Motorsports.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Tidak seperti versi produksi yang mempunyai enjin empat silinder, Sonic rali ini dikuasakan oleh enjin LS3 6.2-liter V8 – ya, enjin sama yang digunakan dalam muscle car seperti Chevrolet dan Camaro.

Jumlah kuasa tidak didedahkan, namun dalam versi standard LS3 menghasilkan 430 hp dan 576 Nm. Apa yang menarik, enjin tersebut boleh dibeli terus dari Chevrolet dengan harga kira-kira $8,000.

ls3-powered-chevrolet-sonic-rally-car

Selain itu, jentera seberat 1,297 kg ini juga dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda dan sistem suspensi yang dipertingkatkan dengan jarak pergerakan 12 inci.

Ia akan digunakan untuk bertanding dalam siri American Rally Association tahun hadapan dengan Moro sebagai pemandu dan Ole Holter sebagai penunjuk arah.

ls3-powered-chevrolet-sonic-rally-car-2

 

Previous post

Mercedes-Benz G 350 d Pertaruh Enjin Diesel Enam Silinder Baharu

Next post

Subaru Hantar Lebih 6000 Kenderaan 2018 Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *