DS Store Petaling Jaya Kini Dibuka
Naza Euro Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta DS di Malaysia telah merasmikan pembukaan DS Store Petaling Jaya. Ia merupakan outlet pertama seumpanya di negara ini dan Asia Tenggara.
Terletak di Naza Automall, DS Store Petaling Jaya menampilkan warna signatur jenama Perancis itu iaitu hitam, merah dan champagne. Ia mempunyai keluasan 3,230 kaki persegi dengan kapasiti untuk mempamerkan tiga buah kenderaan pada satu satu masa. Outlet ini adalah bertaraf 3S dan akan menjadi pusat sehenti bagi pemilik DS.
“Dengan sokongan dan visi DS Automobiles untuk terus memacu pembangunan jenama DS di Malaysia, kami merancang untuk melabur RM5 juta untuk pemasaran, operasi dan sebagainya pada 2019, di samping pelaburan awal sebanyak RM2 juta untuk menubuhkan kedai flagship,” kata Dato’ Samson Anand George, CEO Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.
Selain itu, outlet ini juga mempunyai ruang khas di mana pelanggan boleh membuat tempahan dan pembelian, serta ruang pameran koleksi gaya hidup DS. Zon realiti maya pula membolehkan pelanggan melihat dan meneroka kereta-kereta DS secara maya.
Setakat ini, DS Automobiles mempunyai 450 DS Store di seluruh dunia.
No Comment