Servis / Selepas Jualan / Penyelenggaraan / Mod

Goh Brothers Motorcycles Sediakan Perkhidmatan Selepas Jualan MV Agusta di Malaysia

Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd (GBMC) telah mengumumkan kerjasama terbaru dengan MV Agusta (MV) Motor S.p.A bagi menyediakan sokongan selepas jualan termasuk penyenggaraan, baik pulih dan waranti untuk semua motosikal MV Agusta di Malaysia.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Pemilik motosikal MV Agusta di negara ini kini boleh menghantar jentera mereka ke GB Workshop yang terletak di hab motosikal terkenal iaitu The Gasket Alley, Petaling Jaya.

“Untuk memulakan proses pembangunan jenama dan pengalaman pemilikan menerusi perkhidmatan selepas jualan, kami telah menghantar pasukan kami bagi menjalani latihan di kilang Itali di samping memastikan peralatan dan kelengkapan yang betul sedia untuk digunakan,” kata Goh Kian Sin, pengerusi GBMC.

MV-Agusta-Brutale-800a

Pengurus MV Agusta Motor SpA Far East Country, Judah Sangaran pula berkata, “Kami sedang bekerjasama dengan GBMC untuk mengekalkan dan membina keyakinan para pemilik dalam jenama kami di Malaysia dan salah satu tindakan sekarang adalah memastikan alat ganti disediakan dengan lebih cepat di samping perkhidmatan dan baik pulih yang boleh dipercayai untuk semua pemilik MV Agusta di Malaysia.”

Model MV Agusta yang dijual di negara ini termasuk F3 800, F4,F4RR, Brutale 1090, Brutale 1090RR, Brutale 1090 Corse, Brutale 800, Brutale 800RR, Brutale Dragster, Brutale Dragster 800RR, Rivale, Turismo Veloce, Stradale, serta model-model sebelum 2015.

Previous post

Satu Lagi Video Podcast Gohed Gostan

Next post

Hyundai Starex Model 2019 Diumumkan Dengan Harga RM148,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *