Berita Auto

Goodyear Assurance TripleMax 2 Membolehkan Pemandu Mengalami Prestasi Brek dan Pengendalian Basah Lebih Baik

Segmen tayar kereta penumpang pertengahan mungkin segmen paling kompetitif di Malaysia dan juga rantau ini, dan pembeli dalam segmen ini sangat peka dengan kos. Keutamaan mereka ketika membeli tayar baru adalah seperti berikut:

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

 

Goodyear-Assurance-TripleMax-2Assurance-Triplemax-2_185-60R15_view-Side-ATM2-on-top_LR

 

  • Harga vs kadar kehausan tayar
  • Pengendalian cuaca basah (disebabkan hujan lebat dan takungan air di atas jalan)
  • Kekuatan dinding tayar (disebabkan jalan yang tidak disenggara dengan baik)
  • Bunyi bising (kualiti tarmac)
  • Pengendalian pada kelajuan tinggi
  • Waranti produk
  • Nilai jenama
  • Corak bunga tayar

Goodyear-Assurance-TripleMax-2Assurance-Triplemax-2_185-60R15_view_Top-Tread-Wingfoot_LR

Melihat kepada keperluan segmen tayar terbesar di Malaysia, jurutera Goodyear telah menghasilkan tayar yang memenuhi lima keutamaan pertama seperti yang dinyatakan di atas manakala tiga lagi keutamaan diusahakan oleh jabatan pemasaran mereka dan pengusaha kedai tayar.

Goodyear-Assurance-TripleMax-203.07

Goodyear-Assurance-TripleMax-203.14

Goodyear-Assurance-TripleMax-203.16

Goodyear-Assurance-TripleMax-204.13

Dengan ini, Goodyear Malaysia telah mengumumkan kedatangan tayar Assurance TripleMax 2 yang direka untuk segmen penumpang pertengahan. Assurance TripleMax dilancarkan buat kali pertama pada 2013 dan sejak itu telah memenangi kepercayaan pengeluar kereta utama serta pengguna di serata dunia.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari pemegang kepentingan B2B dan B2C, Assurance TripleMax 2 telah memasuki pasaran dengan rekaan untuk meningkatkan keselamatan dan ketahanan tayar. Di samping itu, ia juga dioptimumkan untuk prestasi cengkaman yang sangat baik dengan jarak brek yang pendek di atas jalan basah, membolehkan pemandu berhenti dengan lebih cepat dan memandu dengan lebih selamat.

Assurance-TripleMax-2-tire1

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.13

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.15

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.16

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.17

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.21

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.22

Goodyear Assurance TripleMax 2 kini boleh didapati untuk pembelian dan pemasangan di hampir 200 cawangan Goodyear Autocare mulai November 2018. Cawangan-cawangan ini boleh didapati di bandar-bandar utama di seluruh negara untuk menawarkan pengalaman membeli-belah automotif yang lebih menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut mengenai tayar Assurance TripleMax 2, layari https://www.goodyear.com.my/tyres/goodyear-assurance-triplemax-2.

Tayar Assurance TripleMax 2 dengan teknologi HydroTred telah dipertingkatkan bagi menyampaikan prestasi yang lebih baik dalam aspek-aspek berikut:

  • Membrek dalam keadaan jalan basah: Formulasi kompaun yang inovatif meningkatkan keterlekatan dan mikrostruktur yang dioptimumkan menyampaikan cengkaman dan prestasi brek yang lebih baik dalam keadaan jalan basah.
  • Prestasi pengendalian: Teknologi HydroTred baharu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik menerusi ketepatan stereng.
  • Prestasi keselesaan: Corak bunga yang inovatif direka untuk meminimumkan bunyi bising sepanjang hayat tayar, memberikan pemanduan yang lebih lancar dan selesa.
  • Prestasi ketahanan: Ciri teknikal tambahan pada bahagian dinding (sidewall), reka bentuk dan bahan diperkenalkan pada Assurance TripleMax 2 untuk meningkatkan ketahanan terhadap impak.

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.6

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.8

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.9

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.10

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.11

Goodyear-Assurance-TripleMax-201.12

Previous post

Caterham Melancarkan Video Jenama - 'Anti-Teknologi'

Next post

Hyundai Santa Fe, Penampilan Eropah Dengan Harga Yang Masuk Akal ... Daripada RM188,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *