Sukan

Malaysia Jadi Hos Festival GT Asia

Buat pertama kalinya Malaysia akan menjadi hos Festival GT Asia yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang dari 15 hingga 17 Mac 2019. Festival perlumbaan itu akan menyaksikan lebih 30 jentera GT dari seluruh dunia bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM5.45 juta.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Satu-satunya pusingan yang diadakan di luar China, Asia GT Festival merupakan hasil dari perjanjian selama lima tahun yang ditandatangani antara Goldenport Enterprises dan Country Heights.

“Menerusi Festival GT Asia, kami ingin mengembangkan pendedahan rakyat Malaysia kepada perlumbaan sukan permotoran empat roda yang berbeza,” kata pengarah eksekutif Country Heights, Matahari Lee.

“Selain itu, matlamat lain kami dalam menganjurkan perlumbaan ini adalah untuk memberi pelumba Malaysia yang bercita-cita tinggi peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara perlumbaan terkenal di peringkat antarabangsa.”

Trophy unveiling

Pengasas Goldenport Enterprises, Jim Ye berkata, “Sejak tahun lepas, kami telah merancang untuk memperluaskan daya tarikan GT Asia ke rantau ini dan Malaysia adalah tempat terbaik untuk bermula kerana terdapat banyak peminat sukan permotoran yang bersemangat di sini.”

Festival GT Asia dijangka akan disertai oleh beberapa jenama terkemuka dunia seperti Porsche, Audi, Ferrari, Bentley, McLaren dan Mercedes-Benz. Sepanjang tiga hari itu, penonton akan disajikan aksi perlumbaan kategori GT3 dan GT4 dan perlumbaan sokongan Malaysia Speed Festival ​​(MSF) yang akan menampilkan kereta produksi yang diubahsuai menjadi jentera litar.

Tiket bagi Festival GT Asia kini boleh dibeli menerusi laman Facebook MotoNation atau laman web rasmi motonation.com.my, dengan harga dari RM20 hingga RM350.

Previous post

Nissan GT-R Edisi Naomi Osaka Terhad Kepada 50 Unit Sahaja

Next post

Jaguar Land Rover Bangunkan Teknologi Pintu Automatik Untuk Bantu Golongan Kelainan Upaya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *