Mazda Bawa 4 Model Menarik ke Tokyo Auto Salon 2019
Tokyo Auto Salon 2019 yang akan berlangsung pada bulan Januari nanti bakal menyaksikan kehadiran empat model istimewa daripada Mazda.
Yang pertama adalah MX-5 (dikenali sebagai Roadster di Jepun) yang dilengkapi dengan bumbung hard top gentian karbon yang boleh ditanggalkan.
Diberi nama Roadster Drop Head Coupe Concept, ia juga didatangkan dengan kit badan, rim RAYS 16 inci, Limited Slip Differential, tempat duduk Recaro dan pedal aluminium.
Mazda juga akan membawa Mazda 3 Custom Style, sebuah Mazda 3 yang tampil lebih sporty dan eksklusif menerusi kit badan aerodinamik yang dipadankan dengan kemasan hitam berkilat.
Turut akan dipamerkan adalah dua model crossover yang diubahsuai mengikut tema Custom Style iaitu CX-5 dan CX-8. Kedua-duanya menampilkan kit badan tersendiri, serta scuff plate aluminium bagi CX-5 dan rim lebih besar bagi CX-8.
No Comment