Berita Auto

McLaren P1 GTR Edisi Ayrton Senna

Bagi peminat Formula 1, nama Ayrton Senna tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun hanya memenangi tiga gelaran juara dunia, ramai yang menganggap beliau antara pelumba paling hebat dalam sejarah sukan itu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bagi meraikan gelaran juara dunia pertama yang dimenanginya pada tahun 1988, McLaren telah memperkenalkan sebuah P1 GTR dalam skema warna merah putih Marlboro sama yang digunakan pada jentera MP4/4 ketika itu.

Small-10097-UniqueMcLarenP1GTR

P1 GTR ini dihasilkan oleh McLaren Special Operations (MSO) untuk seorang pengumpul tegar McLaren yang meminati Senna sejak usia muda. Beliau menggelar jentera ini sebagai “Beco” iaitu nama gelaran Senna yang diberikan oleh keluarganya.

Small-10102-UniqueMcLarenP1GTR

Selain skema warna tersebut, jentera ini juga menampilkan bendera Brazil dan logo Senna pada bahagian pintu, serta nombor 12 pada bahagian hadapan dan spoiler. Bahagian luaran ini sahaja mengambil masa kira-kira 800 jam untuk disiapkan.

Small-10100-UniqueMcLarenP1GTR

Selain itu, ia juga memakai kit badan tersendiri yang dikatakan dapat meningkatkan downforce dari 600 kg kepada hampir 800 kg. Di ruang enjin pula terdapat pelindung haba emas 24 karat dan penyelubung baharu.

Small-10099-UniqueMcLarenP1GTR

Bahagian kabin pula menampilkan kerusi perlumbaan ringan yang diambil dari model McLaren Senna dan stereng pelbagai fungsi dengan kemasan Alcantara. Bukan itu sahaja, petikan terkenal dari Senna iaitu “I am not designed to finish 2nd or 3rd…I am designed to win” disemadikan pada bahagian pintu.

Small-10096-UniqueMcLarenP1GTR

Dikuasakan oleh enjin 3.8-liter twin-turbo V8 dengan bantuan motor elektrik, P1 GTR mempunyai kira-kira 986 hp, namun edisi Senna ini dikatakan mempunyai lebih daripada itu.

Previous post

Kia Akan Menunjukkan Teknologi Pengiktirafan Emosi Masa Nyata Yang Berasaskan AI

Next post

Pelaburan Bateri USD $ 1.1 Bilion Oleh Daimler

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *