Berita Auto

Mercedes-Benz A250 Talaan Brabus Lebih Berbisa

Brabus adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi apabila bercakap tentang penalaan kenderaan Mercedes-Benz. Terbaru, syarikat dari Bottrop, Jerman itu telah mendedahkan pakej talaan yang dibangunkan khas untuk model A250 baharu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bermula dari bawah hud, enjin 2.0-liter turbo model itu kini dipadankan dengan kit prestasi PowerXtra B 25 S bagi menghasilkan 267 hp dan 430 Nm, mewakili peningkatan sebanyak 46 hp dan 50 Nm berbanding versi standard.

2019-mercedes-a-class-a250-by-brabus-2

Dengan transmisi DCT tujuh kelajuan, hatchback ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.9 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 250 km/j. Menurut Brabus, kit prestasi tersebut merangkumi saluran udara lebih besar serta unit kawalan enjin yang telah diprogram semula.

2019-mercedes-a-class-a250-by-brabus-5

Selain peningkatan pada bahagian enjin, Brabus turut menyediakan kit badan khas bagi menghasilkan penampilan yang lebih sepadan dengan prestasinya. Pelanggan akan mendapat spoiler depan dan belakang, manakala bagi rim, ia didatangkan dalam saiz 17 hingga 20 inci.

2019-mercedes-a-class-a250-by-brabus-4

Selain itu, terdapat juga sistem ekzos sport dengan flap yang dikawal secara aktif. Ia boleh didapati dalam bentuk standard atau dengan empat muncung dengan kemasan karbon atau keluli tahan karat.

2019-mercedes-a-class-a250-by-brabus-3

Penambahbaikan di dalam kabin tidak terhad kepada upholsteri kulit dan Alcantara sahaja. Pelanggan juga boleh mendapatkan kelengkapan tambahan seperti pedal aluminium, plat scuff serta karpet dengan logo Brabus.

Previous post

Petron Taja Rainforest Challenge 2018

Next post

Azlan Sertai ONEXOX TKKR Racing Untuk Saingan ASB1000 ARRC

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *