Berita Auto

Mercedes-Benz G 350 d Pertaruh Enjin Diesel Enam Silinder Baharu

Mercedes-Benz telah memperkenalkan varian G-Class terbaru iaitu G 350 d. Ia merupakan satu-satunya varian diesel dalam rangkaian model itu, yang sebelum ini hanya boleh didapati dalam varian G500 dan AMG G63.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Ciri utama G 350 d terletak di bawah hud, di mana enjin turbodiesel 3.0-liter enam silinder sebaris menghamburkan 286 hp dari 3,400 hingga 4,600 dan 600 Nm dari 1,200 hingga 3,200 rpm. Ini membolehkan SUV itu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.4 saat, dengan kelajuan maksimum 199 km/j.

2019-mercedes-benz-g-350-d-1

Enjin baharu itu dipadankan dengan transmisi automatik 9G-Tronic dengan nisbah lebih luas untuk pemanduan yang lebih senyap dan selesa, selain mengurangkan penggunaan bahan api. G 350 d merupakan varian G-Class paling efisien setakat ini dengan kadar penggunaan bahan api serendah 9.6 l/100 km, sementara emisi CO2 pula adalah serendah 252 g/km.

2019-mercedes-benz-g-350-d-3

Model ini juga dikatakan lebih selesa untuk pemanduan jarak jauh dengan enjin yang lebih senyap dan lancar. Ini dicapai menerusi penggunaan cagak enjin aktif yang ditetapkan untuk menjadi lembut pada kelajuan bawah 5 km/j dan boleh menjadi keras ketika dipandu kenderaan dipandu pada kelajuan lebih tinggi.

2019-mercedes-benz-g-350-d-5

Seperti varian G-Class yang lain, G 350 d didatangkan dengan sistem pacuan semua roda kekal. Ia dipadankan dengan transfer case yang dipasang pada transmisi yang ditugaskan untuk menyalurkan 40% daya kilas kepada gandar hadapan dan selebihnya kepada gandar belakang. Sistem suspensi juga sama iaitu double wishbone di hadapan dan rigid axle di belakang.

2019-mercedes-benz-g-350-d-4

Kelengkapan lain yang turut disertakan adalah sistem Dynamic Select dengan lima mod pemanduan dan sistem bantuan pemandu seperti Active Braking Assist yang dapat mencegah pertembungan yang akan berlaku atau mengurangkan kesannya, selain membantu pemandu semasa melakukan brek kecemasan.

 

Previous post

Vespa Primavera Edisi Ulang Tahun ke-50 Dilancarkan

Next post

Chevrolet Sonic Bernadikan V8 Sedia Gegar Rali

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *