Berita Auto

Mitsubishi D5:Delica Versi Off-Road

Setelah memperkenalkan D:5 Delica baharu pada bulan November, Mitsubishi kini memperlihatkan pula model yang sama namun dalam versi konsep off-road yang akan dibawa ke pameran Tokyo Auto Salon 2019 pada bulan Januari nanti.

Model konsep ini kelihatan lebih lasak berbanding versi biasa dengan adanya dengan kemasan plastik pada bahagian bawah badan serta kemasan aluminium pada bampar hadapan.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Selain itu, van ini juga dilengkapi dengan rak bumbung dengan lampu LED serta bar perlindungan pada bahagian sisi. Walaupun tidak mempunyai suspensi off-road khas, ia masih mampu untuk beraksi di atas permukaan selain jalan tar menerusi sistem pacuan semua roda (AWD) dengan mod 4WD, 2WD dan Lock.

Model konsep ini dijangka mengekalkan enjin yang sama seperti versi pengeluaran iaitu enjin turbodiesel 2.2-liter yang menghasilkan 170 hp dan 392 Nm. Transmisi automatik lapan kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda.

 

Previous post

Geely Bin Yue Crossover Will Challenge The HR-V, XV & C-HR Soon

Next post

Kereta Terlibat Dalam Kemalangan Dan Ianya Tidak Akan Dibaiki BETUL!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *