Nissan GT-R Edisi Naomi Osaka Terhad Kepada 50 Unit Sahaja
Sedar tak sedar, sudah 11 tahun Nissan GT-R berada di pasaran dan dalam tempoh itu, entah berapa banyak model edisi istimewa telah diperkenalkan.
Walaupun tampak seperti model biasa, GT-R yang anda lihat ini merupakan model edisi istimewa yang dilancarkan bagi meraikan kerjasama antara Nissan dan juara Grand Slam dari Jepun iaitu Naomi Osaka.
Osaka dilantik sebagai duta jenama Nissan sejurus selepas menjadi pemain tenis Jepun pertama untuk memenangi gelaran perseorangan Grand Slam pada September lalu.
Bagi model ini, atlet berusia 21 tahun itu membantu memilih tiga skema warna bahagian dalaman yang boleh dipadankan dengan mana-mana tiga warna luaran yang ditawarkan iaitu Brilliant White Pearl, Meteor Flake Black Pearl, dan Midnight Opal.
Selain itu, Nissan turut menyertakan spoiler belakang gentian karbon, lampu brek LED dan plat nombor siri pengeluaran berwarna emas yang diletakkan di ruang enjin.
Bagi menjadikan ia lebih eksklusif, hanya 50 unit akan dihasilkan dan kesemuanya akan dijual di Jepun.
No Comment