Pencemaran Air Di Stesen Petrol PETRONAS Serdang
Awal hari ini, satu kejadian di sebuah stesen Petronas di Serdang (Solaris Besraya) menyebabkan 20 pelanggan mereka terkandas dengan kereta yang mereka berhenti beberapa minit selepas mengisi minyak.
Petronas Dagangan Berhad dengan cepat menyiasat dan mendapati terdapat pencemaran air di stesen itu.
Satu kenyataan oleh Petronas Dagangan telah dikeluarkan dan ianya berbunyi seperti berikut:
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden pagi ini di Stesen PETRONAS Solaris Besraya, dan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa stesen tersebut kini telah beroperasi semula.
Siasatan mendapati kebocoran di salah satu tangki bahan api di stesen, yang mencemarkan bahan api dengan air. Tindakan pemulihan telah segera diambil untuk mengeluarkan bahan bakar yang tercemar dan mengasingkan tangki yang terjejas.
PDB telah berhubung dan membantu para pelanggan yang terjejas oleh kejadian pagi ini.
Berikutan pemeriksaan menyeluruh dan ujian integriti bahan api yang dijalankan di semua pam di stesen ini, Stesen PETRONAS Solaris Besraya kini telah memulakan operasi perniagaan seperti biasa. Pasukan ini akan kekal berada di lokasi terjejas hari ini dan esok untuk memberikan bantuan lanjut.
Sekali lagi, PDB meminta maaf atas segala kesusahan dan kesulitan yang dialami disebabkan perkara ini.
No Comment