Perancangan Revival Mazda MX-6 … Adakah Ianya ‘Vision Consept’?
Mazda baru saja memfailkan permohonan tanda dagangan dengan Pejabat Paten Jepun untuk papan nama ‘Mazda MX-6’ (digambarkan di bawah ialah papan nama pertama Mazda6) yang boleh digunakan untuk “kereta dan alat-ganti dan aksesori darinya.”
Tanda dagangan itu dipohon pada 16 Oktober tahun ini dan ini hanya bermaksud bahawa Mazda sedang merancang kebangkitan semula coupe sukan 1987-1997 yang tidak berapa mendapat sambutan di pasaran kereta sukan global. Kali ini Mazda mungkin merancang hardtop 4 tempat duduk atau versi produksi ‘Vision Coupe’. (gambar di bawah)
Mazda MX-6 1987 adalah pemacuan roda hadapan, coupe sukan enjin depan yang dihasilkan dalam 2 generasi sahaja dalam gaya badan coupe sport dua pintu.
Generasi ke-2 MX-6 (gambar di atas dan di bawah) berkongsi asasnya dengan sedan Mazda 626 dan Ford Probe.
No Comment