Sukan

Petron Taja Rainforest Challenge 2018

Petron kembali sebagai penaja minyak dan minyak enjin rasmi kepada salah satu daripada 10 acara off-road paling sukar di dunia, Acara Kemuncak Rainforest Challenge (RFC) di Malaysia. Syarikat itu telah membekalkan minyak kepada lebih 150 kenderaan 4×4 yang disertai oleh 300 peminat off-road daripada 30 buah negara yang bersaing dalam hutan hujan tropika di Malaysia bermula 24 November lalu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

“Tahun ini, kami memperkenalkan minyak enjin Petron Rev-X Engine Oil bagi melengkapkan Turbo Diesel Euro 5 dalam perlumbaan legendari ini untuk prestasi dan pembersihan enjin yang terbaik. Penajaan ini menunjukkan keunggulan produk kami yang telah terbukti sebagai minyak terbaik untuk perlumbaan mencabar termasuklah perlumbaan off-road serta untuk penggunaan harian pemandu,” kata Choong Kum Choy, Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia.

RFC8

“RFC sangat teruja dengan penyertaan Petron sebagai penaja minyak dan minyak enjin rasmi bagi menghadapi perlumbaan dalam keadaan yang sukar di musim tengkujuh. Muka bumi yang basah memerlukan produk tahan lasak untuk memastikan perjalanan yang lancar,” kata Luis J.A. Wee, Pengasas dan Pengurus Rainforest Challenge & Siri Global RFC.

rfc18

Petron Turbo Diesel Euro 5 dirumuskan untuk meningkatkan prestasi enjin, memastikan ekonomi bahan api yang lebih baik, dan memanjangkan hayat enjin. Ia mempunyai kandungan sulfur yang lebih rendah iaitu 10 bahagian per juta dan 50 kali lebih bersih daripada diesel Euro 2M. Minyak Enjin Petron Rev-X melindungi enjin dengan Dynamic Cleaning Technology (DC Tech) untuk memastikan enjin bersih untuk perlindungan pakai yang lebih baik dan operasi yang lebih lancar.

rfc16

RFC Malaysia, acara kemuncak perlumbaan off-road 4×4 merupakan acara terakhir dari Siri RFC Global (RFCGS) yang diadakan di 22 negara dengan 45 acara. Tahun ini, peserta akan melalui Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan kemudiannya berakhir di Gua Musang. Peringkat-peringkat perlumbaan dinamakan Zon Predator, Terminator dan Twilight yang merangkumi curam yang tinggi, jambatan sempit, paya tropika, kolam berlumpur dan menavigasi melalui sungai besar di Bering.

RFC7

Acara bermula pada 24 November di Dataran Redha, Kota Lama Kota Bharu, konvoi diiringi oleh kereta polis tempatan ke tapak perkhemahan di Tumpat Pantai Sri Tujuh untuk bermalam semalaman. Para peserta mengisi minyak di stesen minyak Petron di Belimbing, Tanah Merah sebelum memasuki pit stop cabaran di Air Naga, Gua Harimau dan Bering.

RFC6

Oleh kerana seksyen off-road jauh dari bandar atau kampung, kesemua kenderaan perlumbaan dan sokongan mesti mempunyai minyak yang mencukupi untuk bertahan dari 27 November sehingga 4 Disember. Pasukan tersebut memasuki perhentian terakhir di pit stop Pos Gob -penempatan orang asli terhujung di Kelantan yang merupakan tapak perkhemahan ke-6. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kuala Betis untuk mengisi minyak kenderaan buat kali terakhir di stesen minyak Petron di Gua Musang.

RFC21

RFC19

rfc14

rfc11

 

Previous post

Tiga Ganjaran Hebat Menanti Anda Menerusi Kempen 3XTRAORDINARY Savings Honda

Next post

Mercedes-Benz A250 Talaan Brabus Lebih Berbisa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *