Berita Auto

Porsche 718 Cayman T dan 718 Boxster T Tetap Berbisa

PPorsche telah memperkenalkan 718 Cayman T dan 718 Boxster T. Seperti 911 Carrera T yang diperkenalkan pada tahun lalu, huruf ‘T’ di sini bermaksud ‘touring’ dan kedua-dua model ini dibangunkan untuk mereka yang lebih mementingkan aspek pemanduan dan prestasi berbanding kemewahan.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Dari segi posisi dalam barisan, kedua-duanya diletakkan di antara model asas (718 Cayman dan 718 Boxster) dan model S (718 Cayman S dan 718 Boxster S). Varian T menampilkan enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menjana 300 PS dan 380 Nm. Ia didatangkan standard dengan transmisi manual enam kelajuan, dengan transmisi automatik PDK ditawarkan secara pilihan.

2019-porsche-718-boxster-t-front-2

Dengan transmisi manual, 718 T mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.1 saat manakala dengan transmisi PDK, ia melakukannya dalam 4.7 saat. Kelajuan maksimum adalah 275 km/j.

2019-porsche-718-boxster-t-interior

Antara keistimewaan 718 T berbanding varian asas adalah kehadiran casis sport Porsche Active Suspension Management (PASM) yang menurunkan ketinggian kenderaan sebanyak 20 mm, pakej Sport Chrono dengan mod Normal, Sport, Sport Plus dan Individual, serta Porsche Torque Vectoring.

2019-porsche-718-boxster-t-console-4

Selain itu, kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan cagak transmisi dinamik yang bertujuan mengurangkan gegaran pada bahagian enjin dan transmisi serta meminimumkan pergerakan yang boleh menjejaskan pemanduan.

2019-porsche-718-cayman-t-boxster-t-2

718 T tampil dengan rim 20 inci, cermin sisi berwarna kelabu Agate serta logo “718 Boxster T” atau “718 Cayman T” pada bahagian bawah pintu, stereng GT serta tempat duduk sport dengan pelarasan elektrik dua cara. Ruang modul Porsche Communication Management (PCM) pada bahagian konsol tengah dibiarkan kosong, namun pelanggan masih boleh mendapatkan ciri tersebut tanpa kos tambahan jika mahu.

Previous post

Porsche 911 Memasuki Generasi Ke-8 ... Ini Dia 7 Generasi Sebelumnya

Next post

Toyota Bekerjasama Dengan Grab Menggunakan Data Pemandu Dengan Lebih Berkesan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *