Berita Auto

Program DSFL Ford Latih Pemandu di Malaysia Agar Kekal Selamat

Ford dan rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) baru-baru ini menganjurkan program latihan pemanduan selamat buat kali ketiga pada tahun ini yang melibatkan rakan korporat dan orang awam menerusi program Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat (DSFL) Global Ford.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Sesi latihan tersebut diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), melibatkan lebih 60 orang pemandu yang sudah mempunyai lesen memandu. Terdiri daripada rakan-rakan korporat, mereka mengambil bahagian dalam bengkel yang berlangsung selama dua hari setengah.

Program Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat Ford bertujuan mendidik pemandu yang sudah mempunyai lesen memandu dari semua peringkat umur tentang bagaimana untuk memandu dengan selamat, melalui sesi latihan praktikal dan pengalaman secara langsung yang ditawarkan secara percuma. Ini akan membantu mereka menjadi pemandu yang lebih selamat dan peka.

20181219 - Ford Driving Skill For Life MAEPS (4)

Bengkel DSFL mendedahkan pelbagai risiko yang perlu dihadapi oleh pemandu seperti keadaan yang tidak dijangka, kelajuan dan pengurusan ruang. Di samping meningkatkan kesedaran tentang pemanduan yang terganggu kerana penggunaan telefon bimbit atau rasa mengantuk.

“Ford komited untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dan mendidik pemandu dengan amalan serta teknik pemanduan yang selamat. Kami berbangga kerana dapat meneruskan program yang sangat praktikal ini di Malaysia demi membantu meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menjadi pemandu yang selamat,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

20181219 - Ford Driving Skill For Life MAEPS (5)

Penekanan terhadap bahaya memandu di bawah pengaruh minuman keras atau ubat juga dimasukkan ke dalam setiap sesi latihan. Ini termasuklah dengan meminta peserta memakai pelindung mata direka khas yang membantu mensimulasi pengalaman memandu ketika pergerakan, koordinasi dan kepekaan adalah terbatas.

Di Asia Ford DSFL sudah dijalankan dengan jayanya selama 11 tahun dalam melatih pemandu berlesen dari semua peringkat umur. Selain Malaysia, latihan DSFL turut ditawarkan di China, Kemboja, India, Myanmar, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Filipina.

20181219 - Ford Driving Skill For Life MAEPS (2)

Previous post

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Automotive Terima Anugerah Perancis

Next post

Mazda Bawa 4 Model Menarik ke Tokyo Auto Salon 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *