PROTON Menang Banyak Bulan November Lalu
Jualan PROTON pada bulan November 2018 mencecah 4,820 unit, peningkatan berbanding tempoh yang sama 2017. Pegangan pasaran pada peratusan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan sebanyak 10.2% (angka pra pengesahan).
Sama seperti bulan sebelum ini, PROTON masih mengekalkan strategi harga yang menarik pada bulan November serta dasar harga tanpa SST di mana Syarikat menyerap jumlah cukai untuk kesemua modelnya. Promosi ini telah mendapat tarikan dan sokongan pembeli.
Pada Disember 2018, PROTON akan meraikan kemenangan S1K 2018 baru-baru ini melalui promosi “Rebat Juara”. Dengan memenangi S1K untuk kali keempat menerusi empat model yang berlainan, PROTON telah menjadi jenama yang paling berjaya dalam sejarah acara itu, satu fakta yang diiktiraf oleh Syarikat dengan menawarkan rebat sehingga RM3,000 untuk empat buah modelnya iaitu Proton Ertiga, Iriz, Persona dan Saga.Berikutan tempahan pra pelancaran Proton X70 yang terus meningkat, orang ramai telah memenuhi booth PROTON di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 untuk melihat dengan lebih dekat SUV pertama Syarikat.
Sewaktu di KLIMS, Syarikat telah mengumumkan tarikh pelancaran Proton X70 yang ditetapkan pada 12 Disember, mengakhiri spekulasi mengenai bila SUV itu akan mula dijual.
Memandangkan cuti hujung tahun telah bermula, PROTON ingin menjadikan perjalanan pada musim cuti ini lebih selamat dengan menawarkan pemeriksaan keselamatan 18-mata percuma untuk semua model Proton di pusat servis yang diiktiraf. Promosi akan bermula pada 4 Disember dan diteruskan sehingga akhir bulan Februari 2019 untuk merangkumi hari terakhir cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina.
No Comment