Proton X70 Akhhirnya Dilancarkan. Harga Rasmi Diumumkan. Dari RM99,800
Proton secara rasmi telah melancarkan Proton X70 pada majlis yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Butiran penuh SUV tersebut telah dikongsikan pada majlis itu termasuk harga jualan, pakej servis, pembiayaan dan waranti.
Lebih 10,000 tempahan yang diterima. Penyerahan Proton X70 dikatakan akan bermula pada minggu-minggu akan datang kerana Syarikat mahu pelanggan mendapatkan kereta mereka secepat mungkin. Ada di antara mereka yang telah menunggu lebih dari enam bulan, dengan memberikan nama kepada pengedar sebelum tempahan dibuka secara rasmi.
Turut diumumkan ialah pakej nilai tambahan istimewa yang dinamakan sebagai pakej Xtra yang melibatkan empat perkara yang berbeza.
Pakej Servis Xtra menawarkan alat ganti dan kos pekerja secara percuma untuk servis yang pertama serta kos pekerja percuma untuk lima kali servis berjadual bagi 100,000km atau lima tahun.
Selain itu, terdapat juga Pakej Pembiayaan Rendah Xtra, yang menawarkan kadar faedah rendah bermula dari 2.34% p.a. untuk pembeli yang berkelayakan.
Jaminan perbatuan tanpa had di mana Pakej Perlindungan Waranti Xtra akan melindungi Proton X70 selama lima tahun tanpa mengira jarak perbatuan.
Akhir sekali, Pakej Data Xtra menawarkan data internet percuma selama lima tahun (dihadkan pada 1GB sebulan).
No Comment