Subaru Forester STI dan Impreza STI ke Tokyo Auto Salon 2019
Subaru telah mengumumkan bahawa mereka akan menyertai Tokyo Auto Salon 2019 dengan dua model konsep menarik iaitu Forester STI dan Impreza STI.
Dibina berasaskan varian e-Boxer yang menampilkan gabungan enjin petrol dan motor elektrik, Forester STI menampilkan warna Fighter Grey, kit badan aerodinamik dengan kemasan jalur kuning dan rim 19 inci.
Dari segi prestasi, model konsep ini dilengkapi dengan sistem brek Brembo monoblock dengan angkup enam omboh di hadapan, manakala enjin dikatakan turut mendapat peningkatan.
Tema sporty ini turut diketengahkan oleh Impreza STI yang didatangkan dengan kit badan, skema warna dua tona serta ekzos berkembar yang diletakkan di tengah. Menurut Subaru, bahagian kabin menampilkan kemasan “bertekstur tinggi” Bordeaux.
Selain dari dua model konsep ini, Subaru akan turut mempamerkan Levorg dan WRX STI yang dilengkapi dengan pelbagai komponen STI.
No Comment