Subaru Hantar Lebih 6000 Kenderaan 2018 Ini
Subaru di Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan berterusan sejak pelancaran XV Crossover yang pertama kira-kira 5 tahun yang lalu dan lebih ramai rakyat Malaysia hari ini memahami teknologi ‘Enjin Boxer’ dan pengendalian ‘All Wheel Drive’ nya.
Pembina kenderaan crossovers dan SUV yang berwibawa dan berupaya ini mencatatkan peningkatan jualan tahun ke tahun berturut-turut pada Disember 2018 ini dengan lebih daripada 6,000 kenderaan berkuasa enjin boxer telah dihantar kepada rakyat Malaysia.
Ini bukan nasib atau pemasaran yang bijak. Ini semua adalah kerana produk hebat dan peniaga yang komited dengan kepercayaan penuh terhadap produk yang mereka berikan kepada pelanggan Malaysia.
No Comment