Tokyo Auto Salon 2019: Suzuki Bawa Trak Pikap Jimny
Suzuki akan menyertai acara Tokyo Auto Salon 2019 pada bulan Januari nanti dengan tiga model konsep yang dijamin mampu menarik perhatian pengunjung.
Kenderaan konsep pertama adalah Jimny Sierra Pickup Style yang menyaksikan SUV itu ditukarkan menjadi trak pikap lengkap dengan truck bed di belakang. Jika dilihat, ia juga menampilkan tema old-school menerusi rekaan jeriji yang klasik serta kemasan kayu pada bahagian sisi seperti Jeep Wagoneer.
Jimny Survive pula dibangunkan untuk aktiviti 0ff-road yang lasak. Buktinya, model konsep bukan sahaja lebih tinggi berbanding model biasa, ia turut dilengkapi dengan bar bumbung, pelindung lampu utama, takal dan cangkuk tunda serta kepingan besi pada fender hadapan dan belakang.
Selain Jimny, Suzuki akan turut mempamerkan Swift Sports Yellow Rev yang menampilkan warna High Chroma Yellow Pearl, grafik istimewa serta splitter dan skirting berwarna hitam.
No Comment