Volvo S60, V60 Terima 5 Bintang Dari Euro NCAP
Kedua-dua Volvo S60 dan V60 telah memperoleh penarafan lima bintang dalam ujian keselamatan Euro NCAP 2018. Ini bermakna semua model semasa yang ditawarkan oleh pengeluar kenderaan dari Sweden itu mempunyai teknologi keselamatan bertaraf lima bintang.
Ujian penilaian Euro NCAP 2018 adalah yang paling sukar setakat ini, terutamanya dengan cabaran-cabaran baru berkenaan teknologi keselamatan, termasuk Cyclist Detection with Auto Brake dan Emergency Lane Keeping System.
S60 dan V60 berkongsi platform Scalable Product Architecture (SPA) serta teknologi keselamatan yang sama dengan XC60 dan model-model siri 90 (V90, S90 dan XC90).
Pakej keselamatan aktif City Safety dengan teknologi Autobrake didatangkan secara standard bagi semua model Volvo. Bagi S60 dan V60, City Safety turut mengenakan brek secara automatik bagi mengurangkan impak pelanggaran. Selain itu, ia juga satu-satunya sistem keselamatan dalam pasaran yang membantu mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar.
No Comment