25 Kereta Paling ‘Cool’ Era 70-an
Walaupun perkembangan teknologi ketika itu masih terbatas dan tidak sepesat sekarang, era 70-an menyaksikan kemunculan banyak model dengan reka bentuk yang kekal cantik dan menawan hingga ke hari ini. Tanpa berlengah lagi, berikut adalah 25 kereta era 70-an yang paling cool:
1. Porsche 928
928 sepatutnya menggantikan 911 sebagai model flagship Porsche namun jualannya dihentikan setelah 911 berjaya ‘diselamatkan’.
2. Alfa Romeo Montreal
Ia merupakan antara kereta Alfa yang paling cantik pernah dihasilkan dengan bentuk badan GT dan lampu hadapan yang unik.
3. Dodge Challenger
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1970, Challenger generasi pertama kekal sebagai salah satu kereta muscle paling ikonik.
4. BMW 2002tii
Varian ‘tii’ ini muncul pada tahun 1971 dengan enjin suntikan yang menghasilkan 130 hp, menjadikannya salah satu kereta paling seronok dipandu ketika itu.
5. Fiat X1/9
Seperti kebanyakan kereta yang direka oleh Bertone, X1/9 masih kelihatan bergaya hingga ke hari ini.
6. Mazda RX-7
Model generasi pertama yang dilancarkan 41 tahun lalu mendapat pengikut yang ramai terima kasih kepada badannya yang ringan dan bunyi enjin rotary yang memukau.
7. Toyota Celica
Dilancarkan pada tahun 1970, reka bentuk seakan muscle car dan pemanduan yang hebat menjadikan Celica antara kereta Jepun yang paling digemari.
8. Mercedes-Benz G-Class
Siapa sangka bahawa G-Wagen sudah berada di pasaran sejak 40 tahun lalu?
9. Chevrolet Camaro
Model generasi kedua diperkenalkan pada tahun 1970 dengan saiz yang lebih besar dan reka bentuk yang lebih segar.
10. Porsche 930 (911 Turbo)
Dikenali sebagai Widowmaker, 930 adalah kereta produksi paling laju di Jerman ketika ia dilancarkan.
11. Chevrolet Corvette (C3)
Kereta muscle yang dikenali sebagai Stingray ini menggabungkan reka bentuk badan yang menggiurkan dengan enjin yang besar dan berkuasa.
12. Datsun Z
Antara kereta Jepun yang paling dikenali, siri Z disukai ramai kerana mempunyai enjin enam silinder yang hebat.
13. Ford Mustang Mach 1
Mustang Mach 1 dijual dari 1969 hingga 1978, menunjukkan bahawa ia memang antara kereta muscle pilihan rakyat Amerika.
14. BMW 3.0 CSL
3.0 CSL merupakan model homologasi yang dibina berasaskan 3.0 CSi. ‘L’ di sini bermaksud ‘lightweight’ atau ringan.
15. Lancia Stratos
Kereta rali vintaj ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.
16. Citroën SM
Reka bentuk yang aerodinamik membolehkan kereta ini memecut sehingga 225 km/j walaupun hanya mempunyai 170 hp.
17. Porsche 911 Carrera 2.7 RS
2.7 RS merupakan versi yang lebih ringkas dan ringan. Jumlahnya agak terhad, menjadikan ia salah satu Porsche yang paling dicari-cari.
18. Plymouth Superbird
Spoiler gergasi di belakang dan enjin V8 yang berkuasa sudah cukup untuk menjadikan Superbird sebagai lagenda.
19. Maserati Bora
Model ini sering dilupakan. Sesuatu yang agak menghairankan kerana ia mempunyai enjin V8 yang dipadankan dengan transmisi manual.
20. De Tomaso Pantera
Dengan enjin V8 Ford dan transmisi manual, tidak hairanlah kereta ini dikeluarkan selama lebih 20 tahun iaitu dari 1971 hingga 1992.
21. Lamborghini Countach
Antara supercar Itali yang paling kerap diabadikan dalam bentuk poster yang menghiasi bilik tidur peminat kereta.
22. Pontiac Trans Am
Ada sesuatu yang membuatkan kereta ini menjadi kegilaan orang Amerika.
23. Ferrari 512 BB
Dengan reka bentuk menonjol, rim lima jejari dan enjin 12 silinder, Berlinetta Boxer ini mampu membuatkan sesiapa sahaja tidak tidur malam.
24. Ford Bronco
Bronco dikatakan sebagai model yang boleh membuatkan anda meminati trak.
25. BMW M1
BMW sepatutnya bekerjasama dengan Lamborghini untuk menghasilkan M1, namun konflik yang timbul mendorong jenama Jerman itu untuk menghasilkannya sendiri.
Artikel asal: Road&Track
No Comment