BHPetrol Rai Pelanggan Sempena Tahun Baru Cina
Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, BHPetrol meneruskan tradisinya meraikan para pelanggan sebagai penghargaan atas sokongan dan kesetiaan mereka.
Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, limau mandarin percuma akan diedarkan di tujuh stesen BHPetrol bermula 31 Januari sementara stok masih ada. Stesen-stesen yang turut serta adalah BHPetrol Harmony Sg Besi Toll Plaza, BHPetrol Kg Sungai Kayu Ara, BHPetrol Taman Tun Dr. Ismail, BHPetrol Jalan Kuching, BHPetrol R&R Seremban Utara, BHPetrol KL-Klang dan BHPetrol R&R Sg Buloh (OBR).
Satu majlis perasmian yang diadakan hari ini di stesen BHPetrol Lebuhraya KL-Karak telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan BHPetrol, Tan Kim Thiam. Beg barangan berisi snek, minuman, limau mandarin dan produk penjagaan diagihkan kepada pelanggan untuk perjalanan balik kampung mereka.
Bukan itu sahaja, bahagian Runcit BHPetrol turut memberikan paket angpow kepada pelanggan yang bertuah. Tarian singa turut diadakan semasa majlis pelancaran tersebut.
Ia turut dihadiri oleh wakil Seng Group of Companies sebagai salah satu rakan niaga BHPetrol, serta wakil pembekal-pembekal BHPetromart iaitu Nestle Products, Etika, Pharmaniaga Pristine, Coca Cola Refreshment Malaysia, Chek Hup, Julie’s Marketing, Hwa Tai Industries, Desa Southern Agency, GBA Corporation, FFM Marketing, Barkath Stores (JK), URC Snacks Foods dan Kao (Malaysia).
Sekali lagi, kami telah memilih stesen ini kerana ia terletak hanya selepas Plaza Tol Gombak di sepanjang lebuh raya menuju ke Pantai Timur. Ia adalah destinasi popular bagi para pemandu untuk berhenti untuk mendapatkan barang keperluan mereka di satu tempat, ” kata Tan.
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pelanggan kami dan selamat pulang ke kampung. Bagi mereka yang merayakan, nikmati musim perayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan,” tambah beliau.
Acara ini turut dianjurkan bagi mempromosikan kempen terbaru di mana pelanggan berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM300,000 dan hadiah bonus ePoint. Kempen ini diadakan dari 20 Januari hingga 31 Mac 2019. Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM30 (tidak termasuk tembakau, Touch N Go dan servis ePay) di BHPetromart.
No Comment