BMW Group Malaysia Catat Jualan 14,338 Unit pada 2018
BMW Group Malaysia berjaya memecah rekod jualan untuk tahun kelapan secara berturut-turut dengan jualan sebanyak 14,338 unit bagi kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad pada tahun 2018. Pencapaian ini telah menyaksikan pertumbuhan setinggi 13% dibandingkan dengan tahun 2017 (12,681).
Daripada jumlah tersebut, 12,008 unit disumbangkan oleh jenama BMW, dengan model 3 Series sebagai penyumbang terbesar dengan penyerahan sebanyak 3,363 unit pada tahun lalu. 2,149 unit daripada angka tersebut terdiri daripada 330e M Sport. X5 xDrive40e menyumbang sebanyak 2,900 unit manakala 5 Series baharu pula 2,761 unit dengan 64% daripadanya varian 530e.
MINI juga telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 18% dengan penyerahan sebanyak 1,200 unit kenderaan pada tahun lepas, berbanding 1,011 pada tahun sebelumnya. Lebih daripada 90 jentera Countryman Plug-In Hybrid berjaya dijual sejak ia diperkenalkan pada bulan April tahun lalu.
Sementarai itu, BMW Motorrad menerima 1,130 pemilik baharu, mewakili pertumbuhan sebanyak 7% berbanding tahun 2017. Penyumbang utama kepada pertumbuhan tersebut adalah model R 1200 GS Adventure yang dengan jualan melebihi 300 unit.
Prestasi BMW Group Malaysia yang kukuh mencerminkan pencapaian BMW Group di peringkat global, di mana ia telah menyerahkan sebanyak 2,652,123 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad pada tahun lalu.
No Comment