Brosur Perodua Aruz Bocor!
Teka-teki mengenai nama SUV terbaru Perodua berakhir apabila brosur ‘Perodua Aruz’ mula tersebar di Internet hari ini.
Berdasarkan brosur ini, Aruz akan ditawarkan dalam dua varian iaitu X sebagai varian asas dan AV sebagai varian tertinggi. Kedua-duanya didatangkan dengan ciri-ciri berikut:
- lampu LED dengan fungsi Follow Me Home (AV mendapat lampu automatik)
- rim aloi 17 inci
- tempat duduk ‘semi bucket’ (fabrik untuk X, kulit untuk AV)
- corong penyaman udara belakang
- stereng boleh laras dengan kawalan audio (tambahan kemasan kulit dan kawalan terima panggilan bagi AV)
- akses pintar dengan butang mula/henti enjin
- alat pembaca tol terbina dalam
- port mengecas untuk semua tempat duduk (tambahan port HDMI untuk AV)
- kamera undur
Selain ciri-ciri di atas, varian AV turut dilengkapi dengan rel bumbung dan perakam video pemanduan bersepadu. Ciri keselamatan yang ada pada Aruz adalah enam beg udara serta sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 dengan fungsi pengesanan pejalan kaki. Terdapat lima pilihan warna iaitu Amazon Green, Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White.
Aruz akan didatangkan dengan gabungan enjin 1.5-liter Dual VVT-i dan transmisi automatik empat kelajuan yang dikatakan mampu mencapai tahap penggunaan bahan api 15.6 km/l, menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
No Comment