Bisnes

Geely Nak Beli Alfa Romeo & Maserati

Berita baru di terima dari portal berita dalam talian di Milan, Itali, mengatakan bahawa Geely ingin membeli kedua-dua jenama kereta ikonik ini untuk meluaskan portfolio mewah mereka. Desas desus itu bermula setelah Geely memulakan pembicaraan dengan IVECO dan kemudian berpindah ke Alfa Romeo dan Maserati.

Geely kini memiliki Lotus, Proton, Volvo, Polestar dan Lynk & Co dan mereka juga mempunyai saham dalam Daimler. Pengambilalihan jenama Alfa Romeo dan Maserati yang ikonik ini membolehkan kedua-dua jenama Itali berkembang pesat di pasaran kereta Cina di mana mereka berdua berjuang untuk meningkatkan jualan berbanding saingan Jerman.

Jualan kedua-dua jenama kereta Itali juga akan membolehkan pemilik FCA untuk mendapatkan liquidity yang sangat diperlukan untuk melabur dalam pembangunan jenama mereka yang semakin meningkat seperti Jeep. Lebih banyak akan dikongsi tidak lama lagi.

Sementara itu, peminat Alfa benar-benar tidak perlu bimbang kerana kami pasti Geely akan menyimpan jabatan rekabentuk dan kejuruteraan dan menyusun elektrik yang telah menjadi masalah dengan Alfa Romeo sebelumnya.

 

Previous post

NOVITEC Tala Ferrari 812 Superfast

Next post

BMW 330e M Edisi Prestasi Sekarang Hanya RM3,278 Sebulan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *