GTR 8XX Evo-R Talaan Gemballa
Bagi peminat Porsche dan kereta secara amnya, nama Gemballa tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia merupakan salah satu syarikat talaan yang paling kerap menjadikan Porsche sebagai subjek mereka.
Terkini, Gemballa telah memperkenalkan terbaru mereka iaitu GTR 8XX Evo-R yang sebenarnya merupakan sebuah 911 Turbo. Apa yang membuatkan Evo-R berbeza adalah penampilan lebih agresif dan kuasa yang lebih tinggi.
Evo-R didatangkan dengan kit badan gentian karbon. Ia merangkumi bampar baharu dengan tiga lubang intake yang besar dan splitter pada bahagian hadapan. Di belakang, terdapat spoiler gergasi, inlet enjin, serta diffuser yang sudah tentu mampu menghasilkan downforce yang lebih tinggi.
Bukan itu sahaja, jentera ini turut didatangkan dengan penyambung dapra yang menjadikan ia lebih lebar sebanyak 30 mm di hadapan dan 50 mm di belakang. Pelanggan boleh mendapatkan kit badan ini dengan kemasan matte atau berkilat.
Evo-R mengekalkan enjin 3.8-liter enam silinder milik 911 Turbo, namun kepakaran Gemballa dalam ‘mengerjakan’ enjin Porsche menyaksikan meningkat dari 572 hp/700 Nm kepada 807 hp/1,098 Nm. Walaupun ia jauh lebih berbisa berbanding mana-mana model 911, jentera ini masih tidak dapat menandingin 918 Spyder yang mempunyai 887 hp dan 1,274 Nm.
Dari segi prestasi, Evo-R memerlukan 2.38 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan 7.5 saat untuk mencapai 200 km/j. Ia mempunyai kelajuan maksimum 370 km/j, cukup untuk menakutkan pemandunya.
No Comment