Berita Auto

Honda Malaysia Lancar HR-V Facelift

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan barisan model HR-V facelift yang terdiri dari empat varian iaitu E, V, RS serta Hybrid. Setakat ini, syarikat itu telah menerima lebih 4,600 tempahan untuk SUV kompak itu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Menampilkan teknologi Sport Hybrid i-DCD, HR-V Hybrid dikuasakan oleh gabungan enjin 1.5L i-VTEC dan motor elektrik sama seperti yang terdapat pada model Jazz Hybrid dan City Hybrid. Padanan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan memberikan varian ini prestasi yang setanding dengan kenderaan berenjin 2.0-liter.

Photo 5

Sistem hibrid tersebut juga merangkumi sistem brek servo elektrik untuk penjanaan semula tenaga yang lebih baik dan pemampat pendingin hawa elektrik untuk keselesaan penumpang. Ciri-ciri eksklusif varian hibrid yang lain termasuklah kluster meter 3D dengan Multi Information Display (MID), teknologi Shift by Wire dan mod Sport.

Photo 3

Varian-varian lain kekal dengan enjin 1.8-liter SOHC i-VTEC dan CVT seperti sebelum ini. Sebagai varian yang lebih sporty, HR-V RS dilengkapi dengan ciri baharu iaitu sistem steering Variable Gear Ratio (VGR). Ia juga mendapat rim aloi 18 inci, serta kemasan hitam pada bampar depan dan belakang dan jeriji.

Photo 6

Selain itu, HR-V didatangkan dengan ciri-ciri tambah nilai seperi kamera undur pelbagai sudut, tempat duduk boleh laras lapan cara (V dan RS), upholsteri kulit (V dan RS), kamera LaneWatch (V dan RS), Cruise Control dan paddle shifter. Dari segi keselamatan, model ini mempunyai enam beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan cagak Isofix.

Photo 7

Harga (atas jalan tanpa insurans) bagi HR-V facelift adalah seperti berikut:

  • Varian E – RM108,800
  • Varian V – RM118,800
  • Varian RS – RM124,800
  • Varian Hybrid – RM120,800

Photo 2

Bergantung pada varian, ia boleh didapati dalam warna Passion Red Pearl (baharu), Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Ruse Black Metallic dan White Orchid Pearl (tambahan sebanyak RM300). Turut ditawarkan adalah pakej Modulo (RM5,737), Pakej Urban (RM1,716) dan pakej Utility (RM902). Bateri hibrid didatangkan dengan waranti lapan tahun tanpa had perbatuan.

 

Previous post

Warna-Warna Baru Hebat Perodua Aruz

Next post

Ford Mustang Shelby GT500 Miliki Lebih Dari 700 HP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *