Honda Wave Alpha dan BeAT Dapat Warna Baharu untuk 2019
Boon Siew Honda memulakan tahun 2019 dengan pengenalan warna-warna baharu bagi Wave Alpha dan BeAT.
Dilancarkan pertama kali pada 2015, Wave Alpha ditawarkan dalam versi roda jejari (spoke wheel) dan roda tuangan (cast wheel). Berharga RM4,275, versi roda jejari kini boleh didapati dalam warna merah, hitam atau biru, manakala versi roda tuangan yang berharga RM4,516 boleh didapati dalam warna merah, biru atau kuning.
Diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Wave Alpha menampilkan enjin 110 cc, silinder tunggal dengan kuasa sebanyak 8.3 hp pada 7,500 rpm dan 8.6 Nm tork pada 5,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi empat kelajuan.
Sementara itu, BeAT kini didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu merah, magenta, hitam dan biru. Ia mengekalkan enjin 108.2 cc, silinder tunggal, empat lejang yang menghasilkan 8.7 hp pada 7,500 rpm dan 9.21 Nm pada 6,000 rpm.
Dijual pada harga RM5,365, skuter ini turut didatangkan dengan suis tongkat sisi yang akan mematikan enjin apabila tongkat diturunkan, Combi Brek System untuk mengelakkan kegelinciran semasa membrek dan Smart Lock System yang memastikan motosikal sentiasa dibrek semasa enjin dihidupkan.
No Comment