Berita AutoHibrid, Elektrik, Hidrogen

Imej Teaser Polestar 2 Disiarkan

Selepas setahun memperkenalkan Polestar 1 sebagai model flagship, jenama kenderaan elektrik berprestasi tinggi yang bernaung di bawah Volvo itu kini mendedahkan imej teaser bagi model keduanya iaitu Polestar 2.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Menurut Polestar, model ini akan tampil dalam bentuk ‘fastback’ empat pintu dengan rekaan yang kurang bersegi jika dibandingkan dengan Polestar 1. Ia juga dilihat mempunyai lampu belakang yang bersambung antara satu sama lain, berbeza dengan mana-mana model keluaran Volvo setakat ini.

Tidak seperti Polestar 1 yang merupakan sebuah hibrid, Polestar 2 akan hadir sebagai model elektrik sepenuhnya (EV) dengan kuasa sehingga 400 hp dan jarak pemanduan sejauh 482 km. Ia juga akan menampilkan Google Android HMI dengan ciri Google Assistant untuk kenderaan.

Dijangka membuat penampilan sulung di Geneva Motor Show 2019 pada bulan Mac ini, Polestar 2 akan dijual pada harga yang hampir sama dengan Tesla Model 3, iaitu antara $45,000 (RM185,512) hingga $55,000 (RM226,737).

Previous post

Mitsubishi Tawar Bonus Tahun Baru Cina Bernilai Sehingga RM12,000

Next post

Volvo Jual Lebih Dari 600k Unit Kenderaan Pada 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *