Berita Auto

Ingin Pasang Iklan Pada Badan Kenderaan? Dapatkan Kelulusan JPJ Dulu Sebelum Buat Pemeriksaan PUSPAKOM

Bermula 1 Januari 2019, pemilik kenderaan yang ingin memasang iklan pada badan kenderaan diwajibkan untuk mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ (JPJ-KA) sebelum menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Berikut adalah jenis-jenis kenderaan yang terlibat:

  • Kenderaan Barangan
  • Kenderaan Pelancongan
  • Kenderaan Perkhidmatan Awam (kecuali Bas Sekolah dan Bas Pekerja)
  • Kenderaan Persendirian Milikan Syarikat

Setelah mendapat kelulusan, pemohon perlu mengemukakan surat kelulusan tersebut berserta lakaran pemasangan iklan dan surat kontrak tempoh pemasangan iklan (jika ada) ketika membuat pemeriksaan.

Permohonan pemasangan iklan boleh dibuat menerusi sistem mysikap JPJ. Pelanggan digalakkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Previous post

gohedgostan Berkongsi 3 Resolusi Tahun Baru www.dsf.my

Next post

Brosur Perodua Aruz Bocor!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *