Berita Auto

Kenderaan Mazda Kini Dengan Waranti dan Pakej Servis Percuma 5 Tahun

Bermaz Motor mengumumkan bahawa kenderaan Mazda baharu yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019 akan mendapat waranti dan servis percuma selama lima tahun, naik daripada tiga tahun sebelum ini. Tawaran ini sah untuk semua model Mazda kecuali trak pikap BT-50.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Pakej servis percuma tersebut merangkumi kos buruh, alat ganti dan pelincir. Kedua-dua waranti dan pakej servis itu mempunyai had perbatuan 100,000 km atau lima tahun, mana-mana tiba dahulu.

Selain itu, Bermaz turut menawarkan bantuan tepi jalan 24 jam serta perkhidmatan Mazda Mobile Service yang menawarkan servis pintu ke pintu untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang tanpa sebarang caj tambahan.

Previous post

Vios Melanggar CX-5 Sehingga Terhumban Ke Laut Dari Jambatan Pulau Pinang

Next post

Kemalangan Pertama Kali Mercedes GT 63 S 4MATIC +

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *