Berita Auto

Lotus dan Williams Umum Kerjasama Strategik, Mungkin Hasilkan Hypercar ‘Omega’

Lotus dan Williams Advanced Engineering telah mengumumkan satu perkongsian teknikal strategik yang akan menyaksikan kedua-dua syarikat itu berkongsi penyelidikan dan pembangunan teknologi penggerak maju.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus Cars, Phil Popham berkata perkongsian teknologi dengan Williams merupakan sebahagian daripada strategi Lotus untuk mengembangkan pengetahuan dan keupayaannya dalam landskap automotif yang berubah dengan pantas.

Tidak dapat dipastikan apakah yang akan dibangunkan oleh kedua-dua syarikat ini, namun laporan Autocar mengatakan bahawa Lotus sedang dalam usaha membangunkan sebuah hypercar hibrid dengan kod nama Omega.

Lotus Evora 410 James Bond 04

Menurut laporan itu lagi, Williams akan menyumbangkan kepakaran teknikalnya dalam sistem elektrik bagi mencapai sasaran empat angka kuasa kuda bagi membolehkannya bersaing dengan hypercar hibrid yang lain.

Omega dikatakan akan mempunyai sekurang-kurangnya dua buah motor elektrik dengan konfigurasi pacuan empat roda, manakala penggunaan bateri berteknologi tinggi (berkemungkinan besar dibekalkan oleh Williams) akan memberikan jarak pemanduan kira-kira 400 km. Teknologi pengecasan pantas dan sistem pemulihan kuasa akan turut disertakan.

Tambah Autocar, projek ini mungkin akan mengambil masa selama dua tahun untuk direalisasikan.

Previous post

BMW M850i xDrive Terima Sentuhan Berbisa G-Power

Next post

Jangan Gaduh! Lapor Saja!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *