Berita Auto

Maserati Ghibli 2019 Dibuka untuk Tempahan di Malaysia

Naza Italia telah mengumumkan pembukaan tempahan bagi Ghibli model tahun 2019 (MY19). Sedan berprestasi tinggi itu menerima penambahbaikan dari segi visual dengan pilihan warna dan rim aloi baharu, kemasan kulit Pieno Fiore dengan veneer terkini serta tombol gear yang direka semula untuk operasi yang lebih mudah.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Selain itu, lampu LED Matrix adaptif didatangkan standard bagi semua varian, manakala pakej penggayaan Nerissimo telah ditambahbaik dan kini ditawarkan pada Ghibli MY19.

10 Maserati Ghibli_GranLusso

Bagi ruangan kabin, Maserati menawarkan dua pilihan veneer iaitu Carbon Fibre Twill yang menampilkan efek 3D, dan kemasan kayu Rovere Veneer dengan corak jalur halus dan lapisan berkilat. Paparan Maserati Touch Control Plus (MTC+) bersaiz 8.4 inci yang terletak pada konsol tengah turut diberikan kemaskini dalam bentuk grafik baharu dan fungsi kawalan iklim yang diperbaik.

05 Maserati Ghibli_GranLusso

Ghibli baharu ditawarkan dengan 11 pilihan warna luaran, termasuk warna baharu Blu Nobile, dan 10 pilihan rim aloi pelbagai rekaan bersaiz 18 hingga 21 inci. Pelanggan juga boleh mendapatkan rim Teseo bersaiz 20 inci yang didatangkan dengan kemasan berwarna cerah atau gelap.

08 Maserati Ghibli_GranSport

Sementara itu, pakej Nerissimo pula merangkumi unsur-unsur berwarna hitam dan gelap. Ia boleh didapati dalam lapan warna luaran (lima daripadanya baharu) berserta pilihan rim aloi 20 atau 21 inci dengan kemasan gelap.

09 Maserati Ghibli_GranSport

Tiada perubahan bagi aspek prestasi, di mana sedan ini mengekalkan enjin twin-turbo 3.0-liter V6 yang menghasilkan 350 hp dan 500 Nm bagi varian standard, dan 430 hp dan 580 Nm bagi varian S.

06 Maserati Ghibli_GranSport

Model ini dijual pada harga RM618,800 (termasuk cukai dan duti) bagi varian standard, dan RM668,800 bagi model GranLusso dan GranSport. Ghibli S pula berharga RM718,800, sementara Ghibli S GranSport dan GranLusso boleh menjadi milik anda dengan harga RM768,800.

Previous post

Sekali Lagi. Peringatan. Tolonglah Jangan Percaya Sangat Yang Menular Di Media Sosial Ya.

Next post

Ya ... Memang Ada Ramai Pelanggan Ride Sharing Yang Tak Bayar Tambang ... Awas!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *