Menangi Percutian ke Itali, New Zealand atau Korea Selatan dengan Shell
Peraduan ‘Win a Trip with Shell’ anjuran Shell Malaysia telah dilancarkan secara rasmi hari ini. Berlangsung dari 17 Disember 2018 hingga 31 Mac 2019, peraduan itu menawarkan pakej percutian sama ada ke Itali, New Zealand atau Korea Selatan. Pemenang akan dipilih setiap minggu.
Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, “Kami sedar minat rakyat Malaysia untuk memperoleh pengalaman baru melalui percutian dan oleh itu, kami mengadakan peraduan Win a Trip with Shell bagi menjadikan perjalanan harian pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”
Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu berbelanja RM40 minimum (tidak termasuk produk tembakau, E-Pay dan Touch N Go) di mana-mana stesen Shell di seluruh negara, pilih destinasi yang dikehendaki dalam borang peraduan dan hantar borang tersebut bersama resit.
Pada majlis pelancaran, Wan Muhammad Fathi bin Wan Nik Kamal telah dipilih sebagai pemenang pertama peraduan ini. Pembantu pentadbiran berusia 35 tahun itu memilih New Zealand sebagai destinasi impiannya.
Selain itu, Shell Malaysia akan turut mengadakan siri jelajah bagi mempromosikan peraduan ini. Berikut adalah lokasi-lokasi siri jelajah tersebut:
- Tesco Kepong (11-13 Januari)
- Sunway Pyramid (17-20 Januari)
- East Coast Mall, Kuantan (31 Januari-3 Februari)
- KSL City Mall, Johor Bahru (15-17 Februari)
- Queensbay Mall, Pulau Pinang (21-24 Februari)
- Aeon Station 18, Ipoh (26 Februari-3 Mac)
No Comment